Sunday, August 5, 2012
Tuesday, May 22, 2012
Woman Equation!!..hehe ;)
woman equation..hehe ;)
Jika wanita solehah dan beragama =1markah
jika dia dari keluarga baik-baik +angka 0 blakang angka 1 =10markah
Jika dia kaya (budi bahasa, harta, peribadi, keluarga); + lagi angka 0 blakang angka 10 = 100markah
dan jika dia cantik tambah lagi 0 = 1000markah(perghh!,mmg 1 dlm seribu la zaman sekarang!..huhu xD)
Tapi syg..kalau buang ciri2 "1" dan cuma kerana ciri yg lain..maka...
cantik+0 = 0 markah
kaya+00 = 0 markah
keluarga baik2+000 = 0 markah
conclusionya bila xda yg '1' tu, mmg punah lah noo..hehe ^^
p/s:jadi pada kaum hawa,anda x perlu jadi yg +00000000000000 pun xpa,sebab tanpa '1',mmg xda nilai pun..cubalah menjadi salah seorg dari yg '1' tu,percayalah..anda yg terhebat! dan anda lah idaman utk dijadikan seorang isteri!...hehe ;)
p/s: ingatlah dunia ni adalah perhiasan dan seindah hiasan adalah wanita yg solehah..selamat beramal (^^,)v
Wednesday, May 9, 2012
Teman Hidup.. :)
Don't choose the one who is beautiful to the world..but rather,choose the one who make your world beautiful n more barakah.. (^^,)v
Ps: selamat beramal dan renung2kan lah.. :)
Sunday, May 6, 2012
Cinta si A dan si B.. :)
A bertanya kepada B.
A : maaf ,tumpang tanya .lorong CINTA jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH SAYANG pekan HATI bandar I MISS U kat mana haa?
B :encik jalan terus ikut jalan ILAHI ,nampak simpang tiga masuk belah kanan , ikut jalan NIKAH , sepanjang nk sampai jalan tu ,akan nampak belah kanan , kedai BATAS-BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit , iaitu pasar PERSIAPKAN DIRI...haa tu tandanya encik berada di jalan yg betul .semoga selamat sampai di jalan CINTA ALLAH CINTA ABADI.. :)
ps:hehe..sama2 la renung2kan ya kawan2 :)
Friday, October 21, 2011
doa kepada saudara semuslim kita dlm keadaan dia x tahu,Allah hantar malaikat, malaikat kata,Ya Allah bagi yg berdoa pn habuan mcam 2 jugak kat dia :)
-jgn ada peantara bila nk berdoa,tok wali ka apa ka mengarut semua 2..doa terus pada Allah..Allah Maha mendengar.. :)
-doa dimana2 sahaja,jgn tpt yg menunjukan penghinaan kpd Dia sudah
-Allah suka kita merintih dan merendah2 diri dihadapanya,Allah tuhan kita dan kita hambanya..:)
-yg paling best 2..banyak2kan lah berdoa kebaikan kat saudara semuslim kita, kalau kita doa kepada saudara semuslim kita dlm keadaan dia x tahu,Allah hantar malaikat, malaikat kata,Ya Allah bagi yg berdoa pun habuan mcam 2 jugak kat dia.. :)
-igtlah org mukmin itu bersaudara.. ^^
Friday, August 19, 2011
Asyik2 cakap pasal perempuan jaa..meh kalineh kita cakap pasal lelaki plak..hehe
✿Lelaki yg BAIK : lelaki yang boleh bimbing wanita ke jalanNya ~
✿Lelaki yg SETIA : lelaki yg sentiasa sedaya upaya menunaikan solat berjemaah di masjid~
✿Lelaki yg COMEL: lelaki yg berbaju melayu @ jubah utk menuju ke masjid~
✿Lelaki yg MACHO : lelaki yg sentiasa menundukkan pandanganya dari aurat wanita~
✿Lelaki yg SWEET : lelaki yg selalu mengalunkan Ayat2 Al-Quran dan zikir dibibirnya ~
✿Lelaki yg PELINDUNG : lelaki yg menjaga batas pergaulan dan menyuruh menutup aurat~
✿Lelaki yg ROMANTIK : lelaki yg menghadiahkan sebuah doa setiap hari ~
✿Lelaki yg CHARMING : lelaki yg mengingatkan si dia tentang ibadat ~
✿Lelaki yg BIJAK : Lelaki yg sentiasa beringat tentang kematian~
✿Lelaki yg GENIUS : lelaki yg suka menghadirkan diri dalam majlis ilmu
ps:semoga aku juga tergolong dalam golongan lelaki tersebut.. ^^
Saturday, August 6, 2011
Temuduga Mayat!!!~

TEMUDUGA SEBAGAI "BAKAL JENAZAH" SEMUA AKAN DIJEMPUT HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN!
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
ANTARA GANJARAN:
Rebutlah bonus istimewa utk jawatan A!:
1.Nikmat kubur.
2.Perlindungan di Padang Mahsyar.
3.Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4.Syurga yang kekal abadi.
Semoga kita dijauhkan dari ganjaran utk jawatan B:
1.dicabut rohnya bagaikan mencabut besi dari bulu yang basah, maka terputus semua urat dan ototnya, lalu diterima akan dimasukkan dalam kain hitam, dan dibawa dengan bau yang sangat busuk bagaikan bangkai
2.disempitkan kuburnya sehingga terhimpit dan rosak tulang-tulang rusuknya
3.dikirimkan kepadanya ular segemuk leher unta, maka makan dagingnya sehingga habis dan sisa tulang semata-mata,
4.dikirim kepadanya Malaikat yang akan menyiksa iaitu yang buta tuli dan bisu dengan membawa puntung dari besi yang langsung dipukulkannya, sedang Malaikat itu tidak mendengar suara jeritannya dan tidak melihat keadaannya supaya tidak dikasihaninya, selain itu lalu dihidangkan siksa neraka itu tiap pagi dan petang."
TARIKH TEMUDUGA:
Tidak akan cepat mahupun lambat walaupun seseaat,bila-bila masa tak mengira pangkat,umur,status dan harta,bersedia mahupun tidak,tidak kira dimana dan bagaimana,bermula sebaik sahaja dijemput apabila tiba giliran yg telah ditetapkan.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Semua yg bernyawa pasti akan mati.Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat ,pangkat,gelaran, Mercedes mata belalang,bmw 5 series atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
SILA KEMUKAKAN DOKUMEN ASAL:
1)Iman dan Amal yg soleh,
2)Sedekah jariah,
3)Ilmu yg bermanafaat
4)Dan juga doa dari anak yg soleh sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
KESILAPAN YG KERAP DILAKUKAN OLEH PARA CALON
1.Bertangguh2 dan berniat ingin bertaubat cuma bila sudah tua dan menyangka diri masih awal utk bertaubat kerana masih muda
*ajal x menunggu kita sedangkan bayi dalam kandungan pun ada yg dah meninggal :)*
2.Terasa diri sudah terlambat utk bertaubat.
*Allah Maha Pengampun..setinggi langit pun dosa kamu bertaubatlah selagi mana nyawa kamu x sampai ke kerongkong dan matahari belum terbit di barat :)*
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya. Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dariarasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya". Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat. Wallahu-a'lam. Semoga kite semua berjaya dalam temuduga ini. InsyaAllah amin..
ps:harap2 kita semua sentiasa beringat dan dapat menjawab soalan yg sememangnya dh bocor ni.. :)
Thursday, August 4, 2011
babi dalam sosej 'lokcin' cucuk2 tepi pantai pasar malam

KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.
Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.
Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.
“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.
“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya.
ps:tinggal kan yg was2..banyak lagi benda halal lam muka bumi ni.. :)
*peniaga pun patut jgn fikir untung ja,patut pastikan menjual makanan dari sumber yg halal..yg korang bagi mkn 2 saudara2 korang gak..haih -__-
Sunday, July 31, 2011
Ramadan..Selamat Datang Sebaik2 Bulan.. :)
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
ps:Aku berharap kalini aku dpt memanafaatkan dan buat dgn lebih baik dari ramadan yg sebelum2nya.. ^^
Tuesday, July 26, 2011
My memory n my final lulaby.. :)

She's all lost in this,
She's all like she'll always be,
A little far for me to reach,
I'm alone in this,
I'm as I've always been,
I was just an odinary boy like every other,
I always thought I was something fierce,
I always thought that I was 10 times smarter,
But love would be something that I just dont know..
*
Nothing compares,
No worries or cares,
Regrets and mistakes,
They are memories made,
Who would have known,
How bittersweet this would taste?
ps :farewell my friend,so long..this is my final lulaby.. :)
Saturday, July 9, 2011
I always wear a halo..
Sunday, June 19, 2011
Bukan tempat tuk hentikan langkahku..

perlahan mimpi terasa mengganggu
kucoba untuk terus menjauh
perlahan hatiku terbelenggu
kucoba untuk lanjutkan hidup ku..
engkau bukanlah segalaku
bukan tempat tuk hentikan langkahku
selesai sudah semua berlalu
biar hujan menghapus jejakmu..
Ps:sungguh,suatu hari nanti..walaupun bukan dengan kau,aku berharap tulus rasa ini akan jadi kenyataan dalam hidupku..bukan hanya mimpi dalam tidurku..semoga tuhan mendengar doaku..amin.. :)
Sunday, June 12, 2011
Thanks ..Kalini aku betul2 pasti apa yg kau mahu..

aku sudah penat berlari,
mengejar yang tak pasti,
mengejar kamu..
hanya dirimu..
tapi engkau terus pergi,
tapi engkau terus berlari,
jadi biarkanlah aku di sini..
biarlah kurela..
melepasmu..
meninggalkan aku..
ps:mungkin tiada pada aku org yg kau cari selama ini..jadi aku juga beharap someday kau juga akan ketemu dgn yg terbaik yg kau cari selama ini... :)
*dont say u sorry cause u dont know how lovely u are.. ^^
Wednesday, May 18, 2011
Wahai kaum hawa..sesungguhnya kami syg pada kamu.. :)

Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.
.
Wahai kaum wanita yang kami cintai, jika benar anda sayangkan kami, ada beberapa aurat perlu dijaga kalian :
.
1. Bulu kening
– Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari (Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
.
2. Kaki memakai gelang kaki berloceng
– Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari (Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.
.
3. Wangi-wangian
– Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang – Petikan dari (Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)
.
4. Dada
– Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari (Surah An-Nur Ayat 31.)
.
5. Gigi
– Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
.
6. Muka dan leher
– Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
.
7. Muka dan Tangan
– Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari (Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
.
8. Tangan
– Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari (Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
.
9. Mata
– Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari( Surah An Nur Ayat 31.)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
.
10. Mulut (suara)
– Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari (Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari (Hadis Riwayat Ibn Majah.)
.
11. Kemaluan
– Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari (Surah An Nur Ayat 31).Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari (Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
.
12. Pakaian
– Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari (Surah Al Ahzab Ayat 59. )Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
.
13. Rambut
– Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
* Bagaimana? Ingatlah, definisi sayang adalah membantu suami atau ayah kamu membawa keluargamu ke syurga, bukan melemparkan dia ke neraka. Jika benar kamu cinta kepada kami, maka tolonglah kami. JAGALAH AURAT MU…
CREDIT:http://akuislam.com/Tuesday, May 3, 2011
Kalau anda sedang bersedih,atau ditimpa musibah dan masalah..
InsyaAllah..banyak manafaat.. :)
Sunday, May 1, 2011
putrajaya hot air balloon festival 2011! (using D3100).. ^_^
-shooting suka2 festival belon panas kat putrajaya 2011..huhu xD
-shooting using a D3100!
-x guna tripod ponnnn..he3
-best oo festival nii..kalau pi ngn famili mmg terbaik la..huhu
-dlm vid ni korang bleh la tengok kebanyakan aktiviti2 yg best diadakan kat sini..huhu
song
-oag-generasiku
introducing pelakon jemputan kalineh:
-milzam gazali..huhu :P
selamat menonton!..huhu xD
Sunday, April 17, 2011
Saturday, April 9, 2011
Anda juga seorang yang study last minute bila.. ^^

Bila final exam tinggal seminggu.
- Membaca tanpa menghiraukan sekeliling.kira dunia ni rasa cam ada kita ngn buku ja..Yang hingaq jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota ja, jawab pon nak tak nak ja. Kalau jalan.jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )
- Membaca dengan kadar yang cepat. (faham ke tak belakang kira, sebab kalau nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )
- Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.
- sesetengah 2 time nak exam baru laaa nampak nak full semayang.(sebelum 2 sejadah ngn kiblat pun x kenai.. -_- )..lpas 2 Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam.macam.
- Agak yang dah nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling kuat.lpas 2 melalak x ketahwanhala lagu kegemaran.(selalunya berjangkit orang lain pun tiru sama)
- sebelum nk tidur pon boleh terbayang-bayang lagi apa yang study tadi..lpas 2 sebut kuat2 apa yg igt,semua formula2,kalau rasa cam lupa,silap or was2 tgok balik hand out yg diletakkan sebelah bantal or suruhh kwn sebelah betulkan.
- Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran ja. (ni part tak leh blah la. Time mandi pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)
- Kalau main message tu balas sikit.sikit ja. Pendek pendek. Tak da masa nak fikir taip panjang.panjang.
- tido sari purata 4 jam ja..siang mengantuk mlm berjaga..kalau yg extreme 2 slalu lps abeh paper pagi tu tido sampai tgh hari...bgun tgah ari 2 lpas mandi,solat ngn lunch sambung balik study direct sampai keesokkan pagi semula,tanpa tidur sesaat pun pergi amik exam ngn otak yg overload 2(sesetengah orang tidur jugak sejam utk mengelakan pengsan lam dewan exam..xD)
- Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes stress sangat ni)
- Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi.Gamak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut 4 segi,marie ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh mmber beli.
- Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)
- Time ni ah baru bukak buku tebal.Masa lecture dulu tak faham tak da pulak nak tanya kann..yg taw samada x menyembang dia dok tidoq jaa kat belakang..(sadis2.. -_- )
- Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah.rasa cam setiap saat 2 sgt beharga lpas 2 cuak ngn tensen kot2 x sempat nk khatam banyak lagi chapter yg x pnh2 tgok sebelum ni
- Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi dangdut semua memang ada lah. Nak stay up la katakan.
- Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.
- Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”
- Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak.
- Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zomba kes x cukup tido,Cakap merepek-repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi.Sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua,lpas 2 minum..(lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.. xD)
- Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.
Ps: keapada geng2 yg seangkatan denganya yg dok study last minute 2,bwk2 betobat laa(temasuk diri aku ni..huhu xD)
Pss:he3..kepada semua membe2 aku,aku minx tlong doa ya utk aku utk exam final aku yg bakal menjelang tiba 18.4.2011 ni ya..he3..aku pun cuak kottt..dgn ini aku mengucapkan selamat membaca buku!!!..huhu xD
Friday, April 8, 2011
Terdetik Dihati...

pesan seorang hamba Allah:
"kalau nk cari calon isteri/suami,carilah orang yang sayangkan Allah..Sebab orang yang sayangkan Allah ni baru betol2 akan sayang kat kita,x ajak kita buat kemungkaran,x bagi kita tegelincir dari landasan,sentiasa igtkan kita kearah kebaikan..,kalau nak jumpa dengan orang yang sayangkan Allah,kita dulu kena sayang Allah..InsyaAllah jumpa nanti".. ^^
ps:renung2 dan fikir2kan lah bersama.. :)
Tuesday, March 15, 2011
Jejaka kesepian music video!!!..jemput2 la tengok!!
-tgok ar ni weh music video firstime aku try wat..huhu xD
-filming using a D3100 at timah tasoh lake..cantik oo tpt ni..huhu xD
-lagu peterpan pria kesepian
-sian depa ni jejaka kesepian..huhu xD
-sori ni bukan planned shooting pun..saja suka2 ja..huhu xD
-casting
like previous video,mirol peterpan and syamino free fipper..huhu xD
introducing new actor
amek the nidji/hafiz/brono mars..huhu xD
penaja dan official foot ware:
http://saudagarslipper.blogspot.com/




