Terdetik

Kan lebih mahal nilai air mata itu kalau jatuhnya diatas tikar sejadah,apa guna dihabiskan airmata pada si dia yang telah pergi meninggalkan ku,sedangkan kasihnya Allah tak pernah pergi jauh dariku,aku bersyukur atas segala rahmat Mu,semoga dipermudahkan segala urusanku...

Thursday, July 29, 2010

Practial.. xD

lama dah x update blog...nk wat camna dah bekerjaya la katakan...huhu xD...x da la,sebenarmya aku sekarang ni ngah buat latihan industri kat sebuah syarikat ship construction..best..walaupun penat kerja hari2 tapi mcam2 ilmu bleh dapat..time ni la kita nk practikan apa yg selama ni kita belajar..tapi serios aku ckp..time practical ngn teoritical sgt2 la berbeza..time practical baru la kita nk terkial2 nk buat keja..padahal dulu dah pnh baca dah benda2 2 lam buku 2..tapi time nk buat..kantoi..kan dah kena gelak ngn technician kat situ..huhu xD...jadi moralnya jgn la buat kepala kalau x taw..bertanya la x jadi ajaran sesat cam dok pasang componen ikot dan ja..huhu xD..technician sini baik2 belaka..diorang x marah kalau x tau(mmg la x marah,tapi mmg kena bahan+perli+kucai+gelak kaw2 gila baban nya tahap la...sabar je la...nama pun belajar..huhu xD) ..tapi diorg marah kalau kita malas..huhu :)



sepanar besaq penyepak ni menjadi bukti penatnya aku dok buat keja..huhu xD

ps:ok ah..aku baru balik keja nih..letih2..nanti kalau ada kelapangan aku cita lae sal pengalaman menarik yg aku dpt kat sini..huhu :)

Saturday, July 17, 2010

masakan mak mmg terbaik!!... :)


henset ku disebelah kiri manakala udang disebelah kanan..
cuma sekadar perbandingn..huhu :F

ps:hari minggu mmg terbaik kan ngn masakan ibu?..huhu :)

Sunday, July 4, 2010

soalan n jawapan..huhu




Agak2 wajarkah dia mendapat 0?..
mungkin wajar dari satu sudut pandangan...
tapi bagaimana kalau diteliti dari satu sudut pandangan yg berbeza?..
fahami,amati dan teliti...
kehidupan juga kadang2 begitu..
renung2kan lah..huhu :)

Monday, June 7, 2010

Mavi Marmara..






Tidaklah sama orang beriman yan
g duduk (yang tidak turut berperang) tanpa mempunyai uzur(halangan)dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwanya.Allah melebihkan darjat orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk(tidak ikut berperang tanpa halangan).Kepada masing-masing Allah menjanjikan (pahala) yang baik (syurga)dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang-orang yang duduk dengan pahala yang besar,(iaitu) beberapa darjat daripadaNya, serta ampunan dan rahmat.Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. [An-nisa' : 95-96]

-Saat ini saudara-saudara kita di sana kelaparan, keperitan dihimpit tekanan dari sang zionis laknatullah…Di tengah lautan sana pula ada yg bertaruh nyawa cuba menyampaikan kepada yang terhimpit di bumi sana…Hanya doa kami panjatkan buatMu ya Robb, yang Maha Mentadbir, Maha Mengetahui…

-Kadang kala rasa diri ini tiada erti, tak mampu berbuat apa-apa…tapi sebenarnya pelbagai cara lagi yg mampu kita lakukan selain dari mengutuk tindakan kejam sang zionis laknatullah ini…

-pertama kita perlu mengubah perspektif minda kita..kita perlu bersatu sesama muslim..percayalah kita kuat bila kita bersatu!..bagaimana nk bersatu?..ketepikan idoelogi masing2..dan bersatulah dibawah nama islam..kembalilah kpd Al-Quran dan sunnah x kira apa pun masalah pasti ada penyelesaianya kerana kedua2nya adalah sebaik2 panduan kita utk berjaya didunia dan diakhirat..

-kita boleh memulakan memupuk perpaduan kita dgn menunaikan solat secara berjemaah..percayalah mereka gentar jika kita bersatupadu..kata seorang rabi yahudi 'jgn mimpilah umat islam mng utk menentang kami kalau bilangan orang yg solat berjemaah diwaktu subuh x menyamai bilangan org yg solat jumaat dimasjid'..

-mantapkan lagi Ilmu agama didalam diri!..percayalah kita kuat dengan ilmu agama!..kita x akan mudah dibeli mahupun tepengaruh dengan unsur2 negatif yg telah mereka tanam dan terapkan dlm diri kita yg tanpa kita sedari menjadi umpama butang 'self destructive' merosakan anak bangsa kita perlahan2 dari dalam seperti yg telah diceritakan dlm entri ini...percayalah masalah rasuah,sex bebas,buang bayi dan pelbagai lagi dapat diselesaikan jika terdapatnya iman didalam hati.

-terapkan ajaran islam kpd anak2 sejak kecil lagi secara menyeluruh!..kerana anak2 kecil ini lah yg akan menjadi pelapis masa depan..malangnya yg banyak diterapkan masa kini cuba hiburan2 kosong yg x memberi sebarang faedah kpd penmbangunan lahiriah dan rohaniah kpd generasi muda..kempen dan program kearah keagamaan yg diadakan besar2ran sgt lah kurang dan jarang2 kelihatan..contohnya pernahkah wujud kemen mengajak bersolat?..bagaimana nk menyelesaikan isu palestin sekiranya kebanyakan orang masih tidak menunaikan solat wajib?..sedangkan solat itu sangat memainkan peranan penting dan amat ditekankan dlm agama kita sehingga ia diumpamakan sebagai tiang agama

sabda nabi:Solat merupakan tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama

-teringat kata2 seorang ilmuan agama..'org arab dan org rom jauh berbeza,org rom ketika itu bina askarnya dengan badan yg kuat,tetapi org arab hanya org kampung yg beperang..tapi kenapa jatuh org rom?..kalimah Allahuakbar!..kerana 1 orang beriman boleh mengalahkan 10 orang kafir'...disini bemaksud nisbah 1 vs 10 kerana dibelakangnya diturunkan malaikat..hebat bukan jika kita benar2 di kalangan yg beriman?..hebat bukan jika kita dapat melahirkan masyarakat dari golongan yg beriman dan soleh?

Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.
(Al-Anfal: 65)

-Allah menyatakan bahwa orang-orang yang menyembah Nya secara murni, tanpa menyekutukan Nya dengan makhluk Nya sebagai tuhan-tuhan lain selain Nya dan beramal saleh untuk meraih ridha Nya, akan dianugerahi kekuasaan dan pengaruh.

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan apa pun dengan-Ku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik
(An Nuur: 55)


-satu lagi cara yg temampu untuk kita lakukan ialah dengan menuntut ilmu bersungguh2!..kita kuat jika kita berilmu..nolage is power!..buang sifat malas kita jauh2 dan tuntut lah Ilmu kerana Allah!..lihat bagaimana mereka mengusai dunia dlm bidang ekonomi,teknologi,ketenteraan semuanya berpokok pangkal dgn ilmu yg mereka miliki!...jika kita ada kepakaran jika kita ada teknologi,kita tidak akan ditindas..jika kita boleh hasilkan produk kita sendiri ianya menjadi alternatif dari membeli produk2 dan pekakasan barangan isrel yg belambak2 dipasaran masa kini.

-moga peka dan semangat hari ini tidak hanya berapi tiga empat hari…Jangan kerana dosa dan noda kita sehari-hari, kemenangan masih menjauhi….Moga hati ini sentiasa teringat…mendoakan saudara-saudara ‘jauh’ dalam solat dan doa kami…Ampunkan dosa-dosa kami ya Allah…Tenggelamkanlah musuh-musuh kami ya Allah…Kuatkanlah saudara-saudara kami ya Allah…Ameen ya robbal ‘alamiin…




-Teringat satu kisah..Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil. Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu? Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

-kalau dikira secara logik dan matematik mana mungkin isipadu air yg dibawa oleh paruh kecil burung pipit tersebut mampu memadamkan api yg sedang marak tersebut..tapi Allah Maha Adil..yg dipandangNya bukan hasil,tapi usaha yg dilakukan..sekurang2nya burung tersebut berusaha mengikut kemampuanya dari berpeluk tubuh..

ps:jadi apa usaha yg telah kita dilakukan sekarang bagi menegakkan islam dan membantu saudara2 semuslim kita yg dalam kesusahan disana mengikut kemampuan kita?..tepuk dada tanya iman...

Friday, June 4, 2010

lawak kan.. :)




lawak kan..bila duit 50 sen nampak macam besar bila nk bawak ke kotak derma masjid,tapi rasa begitu kecil jika dibawa ke pasaraya..

lawak kan..bila ada duit banyak2 tapi pakai baju tebukak sana tebukak sini mcam org x mampu nk beli kain sedangkan sekarang ni orang yg miskin pun dah mampu pakai pakaian lengkap..

lawak kan..bila ditanya tentang nama2 tokoh islam,nama2 bulan islam ada yg tidak tahu tetapi jika ditanya nama2 artis anak2 kecil pun boleh menjawabnya dengan petah..

lawak kan..bila tengok orang menangis waktu disingkirkan dlm program realiti tv nyanyian tapi jarang pulak kita tengok orang menangis kalau dapat result teruk time spm or dpt pointer rendah

lawak kan..bila ada yg sanggup meninggi suara kepada kedua org ibubapanya..sedangkan kasihnya mereka ketika kita masih kecil,membasuh berak kencing,tidak merungut pun jika tangisan kita menggangu tidur mereka

lawak kan..bila ada pasangan muda yg bakal atau mahu berkawin di usia muda dipandang serong seperti 'sudah telanjur' atau 'gatal'...tapi pasangan yg bukan muhrim membonceng motor bersama,berpegangan tangan kehulu kehilir dianggap pekara biasa masa kini

lawak kan..bila sekarang mencari yg halal lebih sukar dari mencari yg haram seperti utk berkahwin lebih sukar dari berzina kerana diletakkan syarat dan hantaran yg tinggi2 dan perbagai demand dari pihak keluarga sedangkan urusan pekahwinan seharusnya dipermudahkan

lawak kan..bila zaman sekarang dikatakan 'ringan2' ketika bercouple dianggap pekara biasa

lawak kan..bila sekarang ini ada yg bangga apabila melakukan kemungkaran malah menceritakan kepada rakan2nya dgn penuh riak

lawak kan..bila rokok dikata penghilang tension tapi zikir dan laungan ayat2 Al-quran tidak pula dicari

lawak kan..ramai yg tahu terang2ngan lagi rokok 2 memudaratkan,membazirkan dan telah difatwakan haram tapi masih ada yg menghisapnya

lawak kan..bila yahudi mencipta rokok tapi mereka tidak membenarkan perokok menghadiri majlis dan conference mereka,bijaknya mereka mencipta sesuatu yang memudaratkan orang lain, dan betapa kurang bijakkan org yg menghisap rokok ciptaan Yahudi itu

lawak kan..bila rasa lamanya sejam dimasjid tetapi betapa singkatnya 2 jam berlalu waktu menonton wayang di panggung

lawak kan..bila sekarang di disesetengah tempat nk solat pun dikenakan bayaran

lawak kan..bila sanggup kunci jam utk bangun tengok bola 3-4 pagi tapi x bangun utk solat subuh

lawak kan..bila sebab sebiji bola kat tengah stadium beribu2 orang x solat magrib

lawak kan..bila susah sungguh meluangkan masa berzikir dan menyusun kata memanjatkan doa kepada yang Maha Esa..tapi banyaknya masa bersembang dgn kwn2,gf dan bf..

lawak kan..bila x boleh nk habiskan masa cuma sekitar 25 minit dari 1440 minit yg ada dalam sehari utk tunaikan solat 5 waktu jika dibandingkan dengan kita dikurniakan Nya tubuh badan sihat,cukup makan,tempat tinggal yg selesa..dan udara yg percuma utk bernafas..

ps:sebenarnya banyak lagi benda2 boleh disenaraikan yg kita x perasan tapi berlaku disekeliling kita..adakah kita tidak perasan atau kita sengaja tidak perasan atau mmg kita x penah nk ambil peduli?..tepuk dada tanya iman..sama2 lah kita renung2 kan...

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” (al-Ankabut (29:69) )

Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar.
(Surah Al-Ahzab: 35 )


Sunday, May 2, 2010

Pergi!!!...

Aku tidak tahu asal usulmu...
Selama ini kemunculan kau hanyalah merosakan diriku..
Syuh pergi kau dari hidup ku!!!..
Jgn kau ganggu aku lagi..
Aku x perlukan kan kau..
Jangan kau ambil sedikit tempat pun dlm jiwaku!!
mengapa kau perlu hadir disaat2 genting ini ha?
Pergi!!..Wargh!!!

semua ucapan ini khas aku tujukan khas kepada Encik MALAS!!!!..wuwu -_-

ps:-waa..aku tension sbub aku tiba2 rasa mls dlm saat2 genting nk final exam..wuwu..aku pun x taw kenapa
-meh kawan2 kira lawan kemalasan nih!!..huhu
-doa2 kat aku sama naa.. :)

Sunday, April 25, 2010

Takkan ku menyerah kalah...





Takkan ku menyerah kalah,walau mimpi ku musnah, harapan ku hancur,sayapku patah,sehingga hembusan yg terakhir,selagi jasadku belum terkubur,selagi tubuhku belum ditimpa uzur,pantang datuk nenek moyangku berundur!!..takkan ku menyerah kalah..meh kawan2 kita study kaw2 nya utk final exam!..walaupun ku tahu begitu perit dan sukar bagi ku utk menumpaskan kalian wahai Kaji Daya Bahan,Kaji Daya Mesin dan Mekanik Bendalir di usaha last2 minit ni...akan kugagahi jua dlm meneruskan perjuangn ini kerna ku tahu kalian bakal tewas juga dengan berbekalkan equation beberapa ungkapan ini iaitu 'ulangkaji+hardwork+doa+tawakal=good pointer'!!!..huhu
(:


ps:sebenarnye aku ngah cuak nih banyak chapter x cover lae..2 la time lec dok mengajar kat dpn dok main2 x pay attention..kan skang sapa yg susa..sapa suh cari penyakit kan..sniri2 la kena cari ubatnya..wuwu(aku tgok dah nk mcam bernouli equation plak equation kat atas 2 klau tgok 8 kali..huhu xD)

Tuesday, April 13, 2010

Bila Diri Disayangi..


-huhu..try korang tgok vid ni lawak gila o!!..drum ngn gigi yg lawak skali..huhu xD
-tgok btol2 time 0.12 saat 2..huhu xD
-budak2 ni ada bakat kan?..huhu :)..tabik spring satu..huhu xD

lagu asal dari band ukays..tapi bile dihayati lirik die btol2 kan..ade makna yg sgt mendalam..aku mmg respek kat pencipta lirik dia..hurm..cbe korg usha tgok..

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu..

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa,
keagungan Kasih,merubah takdir...

Bila ku sedari diri disayangi,
Langkah kaki ini semakin berani,
Bila terkeliru ku ucap namaMu, terasa diriku
Kembali dipandu..

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri..

ps:mmg benar pabila diriku dlm keliru bila diucap nama Mu,terasa diriku kembali dipandu..siapapun hamba,keiklasan doa,keagungan Kasih,merubah takdir...hanya Kau yg ku sembah dan hanya kepadaMu aku berserah diri ya Allah.. ^^

Wednesday, March 31, 2010

I'm never alone, Allah is always there with me :)

When things are down
And you are out of your mind
Just Remember Allah is The Kind.

When your life is in darkness
And nothing is right
Just Remember
Through the darkness, Allah is The Light.

When nothing makes sense
And your heading for demise
Just Remember
It doesn't make sense, but Allah is The Wise.

When times are troubled
And no one seems to care
Just Remember, Allah won't hurt you, He is The Fair.

When your heart is breaking
And your pain makes you fall
Just Remember, Allah Sees it all.

When you are weak
And the road seems long
Just Remember, Seek strength from The Strong.

When life is a burden
And everything is unstable
Just Remember, Allah is The Able.

When the way is cloudy
And there is no one by your side
Just Remember, Allah is The Only Guide.

When no one wants to listen
Or is willing to lend an ear
Just Remember, Allah is always ready to hear.

When you are poor and penniless
And you are stuck in a niche
Just Remember, Allah is The Rich.

When you are down in your misery
And there is nowhere to run
Just Remember,
You can always run to The One.

When you r all alone
And your pain has no end
Just Remember, Allah is the only one you can depend.

And when your scars are hurting
And your heart is in fear
Just Remember, Allah is really here :)


ps:add this facebook group..huhu -->add

Thursday, March 25, 2010

kata2 hikmah..huhu :)

(1) من جد وجد ومن زرع حصد
Sesiapa yg berusaha akan berjaya & sesiapa yg menanam akan menuai hasilnya.

(2) خير الكلام ما قل ودل
Sebaik2 percakapan adlh yg ringkas & tepat.

(3) شفاء العين السؤال
Penawar bagi org yg tak tahu ialah bertanya.

(4) العقل السليم في الجسم السليم
Akal yg cerdas berada pd tubuh yg cergas.

(5) القراءة مفتاح العلم
Membaca adalah kunci ilmu pengetahuan.

(6) رضا الله في رضا الوالدين
Redha ALLAH terletak pd redha ibubapa.

(7) أطلب العلم من المهد الى اللهد
Tuntutlah ilmu dr buaian hingga ke liang lahad.

(8) الاءتحاد أساس النجاح
Perpaduan asas kejayaan.

(9) الوقت كالسيف ان لم تقطعه قطعك
Waktu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu.

(10) اليد العليا خير من اليد السفلى
Tgn yg memberi lebih baik dr tgn yg menerima.

(11) ان لم تستح فا صنع ما شئت
Sekiranya kamu tidak malu, maka buatlah apa yg kamu suka.

(12) الدعاء مخ العبادة
Doa adalah tonggak ibadah.

(13) الوضؤ سلاح المؤمن
Doa merupakan senjata org mukmin.

(14) آفة العلم النسيان
Penyakit ilmu adalah lupa.

renung2kan lah..huhu :)