Terdetik

Kan lebih mahal nilai air mata itu kalau jatuhnya diatas tikar sejadah,apa guna dihabiskan airmata pada si dia yang telah pergi meninggalkan ku,sedangkan kasihnya Allah tak pernah pergi jauh dariku,aku bersyukur atas segala rahmat Mu,semoga dipermudahkan segala urusanku...

Wednesday, March 24, 2010

sem 3!!



agak2 pakai camni boleh pi bulan dak??..huhu xD




pantang ada free time ja..melepak ja time bengkel..nk tunggu Hencek N bagi
penampau dulu kot baru nk kalut buat keja..huhu xD


keseimpulanya


sem ni
-sem ni aku amat penat sebab aku x dpt asrama!!..wuwu..ketidakdapatan(aku mmg suka reka tatabahasa sniri..huhu xD)..mayb disebub kan klick sini haa(tapi kemungkinan jela)..x larat nk cita banyak kali sebab aku kan penat..huhu..adeh rindu plak kehidupan dok asrama..

study
-haa..pelajaran aku juga makin mari makin hampeh jugak sket2 sbub dok umah sorang2 x jadi keja walaupun nk buat asssingnment pun..wuwu..ditambah bila dok jauh(kira2 40km travel pergi dan balik)..penat bila balik umah...dtg kelas pun kekadang lambat jugak..+ngn undang2 baru pelajar luar kene ltak moto kat luar=menapak ke kelas,utk mengebestkan lae keadaan jabatan aku lah paling hujung sekali+lecture stric2 kebanyakanye..aku dah 4 jam x masuk kelas yg sama gara2 lewat walaupun cuma 5~8 minit,tetap tiada maaf bagiku..wuwu..4jam=surat cinta pertama.. waa~

sesuai
-apa pun yg terjadi aku akan cuba adapt kan diri ku neh ngan kehidupan barukuh ini!!..doakan aku ya rakan2..minx2 la aku dpt berubah menjadi rajin..huhu

LI
-haa..ne yg aku paling x sabar..nk buat latihan industri atau juga lebih dikenali sebagai practical pada sem dpn..kalau boleh aku nk pi minx kat tempat yg buat kapal selam..huhu xD..nasib je x da tempat cam 2 kat malaysia ni jadi aku low kan sket impian aku aku try apply kat tempat maintainence kapal..2 pun kalau dapat..tapi doa2 kan la ye aku dpt..huhu..LI ni bukan ape..bestnye x yah fikir bub blaja dah..dtg keje on time..cukup bulan amik elaun je..huhu..x sabau nih!..huhu


ps:tringin aku nk maintainance kapal selam,tapi takut kot selam2 x timbul2 dah..huhu xD

Saturday, March 20, 2010

Suka hati aku la tak mahu pakai tudung!!..kau sapa nk tegur??


panduan menutup aurat bagi kaum hawa..sila tekan imej utk membesarkan pic..huhu

Aku selalu tertanya tanya kenapa segelintir kaum hawa tak suka mengenakan tudung...meh kita dengar beberapa alasan dr segelintir kaum hawa mengenai topik ni


(I) aku x sampai seru lagi la
-ingat ni macam cita antu kekasih kuseru 2 ke..menseru2 plak..huhu...ingat,mati cuma sekali...xkan nk tunggu malaikat maut dtg dulu kot baru nk cakap x dpt seru lae...keyword dia jgn la betangguh utk bertaubat...Seru ni lebih sesuai digunakan untuk Haji atau Umrah...Penggunaan belum mendapat hidayah lebih boleh diterima akal..mmg benar hidayah itu milik Allah..tapi bukan bemakna kita hanya perlu duduk diam sahaja menunggu hidayah itu datang kepada kita..hidayah itu mestilah diusahakan bagi mendapatkanya samada melalui doa ataupun berusaha memperbaiki diri seboleh mungkin disamping mendalami ilmu agama.

(II) kubur masing masing ok,kau jangan sibuk
-sebagai seorang muslim..menjadi satu tanggungjawab kepada kita berkongsi ilmu,ingat mengingati dan tegur menegur..seperti pesan nabi SAW x sempurna iman seseorang 2 selagi dia x kasih kat saudara semuslim dia sendiri..jika kita kasih kat saudara semuslim kita..sudah tentu kita x mahu dia terus menyimpang dari ajaran agama yg sebenar dan menyedarkan dia dengan ilmu yg kita ada..jadi tidak timbul pengunaan ayat 'kubur masing2' seperti sesetngah individu ..jika tidak manakah letaknya kasihnya kita pada saudara semuslim kita jika tidak cuba menasihatinya mengikut kemampuan kita?..sempurnah kah iman kita jika kita x kasih kpd saudara semuslim?..think :)

(III) bapak aku tak kisah,kau sape
-bapak anda 2 kalau dia betol2 berilmu dan syg kat anda,dah lama dia suh anda pakai tudung..huhu :)

(IV) ala orang bertudung bukan semua baik
-habis yang tak bertudung 2 baik sgt?..mmg benar,baik ke buruk seseorang 2,disisi Allah kita x tahu dia mcam mana x kiralah bertudung ke x,sebub syurga atau neraka ni bukan ditangan manusia,tapi apa yg boleh diperkatakan samada perbuatan individu tersebut boleh menjerumuskan dirinya kearah neraka ataupun tidak..jadi apabila menjadi tuntutan agama melarang kaum hawa mendedahkan aurat kpd yg bukan muhrim tanpa sebab munasabah..tak ikut berdosa la..ni bukan suruhan tok lebai ke ustad ke..ni suruhan Allah!!..jadi jgn la sesekali terlintas dihatipun utk mempertikaikanya..jadi sila berfikir lapanpuluhlapan kali sebelum mengatakan sebab mengapa anda tak mahu bertudung...

-aku selalu tefikir la,knape cume dibuat kempen XNAK merokok..tapi kempen JOM BERTUDUNG atau JOM SOLAT..x pernah nampak plak dibuat besar2ran..kalau dibuat kan lae baik..hurm

ps:bertudunglah kaum hawa..jgn lah menjadi ujian kpd iman kami kaum adam..iman kami kadang2 lemah..bertudunglah,sesungguhnya kami sayang kepada kamu... (^^,)v

Saturday, March 6, 2010

Siapa Bilang Gadis Bertudung x Hebat!!


Killer ah!..lengkap menutup aurat pun bleh buat olie lae taw..huhu xD



Skate..bukan pengahalang..huhu


-sapa kata kalau bertudung ngn menutup aurat x leh active..ni ha buktinye..huhu

-aku respek killer kat diorng ni sebub dpt membuktikan gadis2 muslim juga dapat melakukan sukan lasak tanpa melanggar hukum Allah iaitu dengan menjaga batasan-batasan aurat..huhu

-jadi jgn la bagi alasan kata pakai tudung ngn menutup aurat ni leceh la..diorg boleh kenapa saudari x boleh?..paling banyak alasan yg didengar...panas la pakai tudung ngn menutup aurat ni..tapi 2 baru panas dunia kan..panas 'disana' nanti camna pulak?.. :)

-xpayah la nk bukak2 sana-sini cam baju x cukup kain 2..org susah pun bleh pakai baju lengkap..malu la kalau duit banyak2 tapi nk beli baju pun x lengkap sampai tebukak sana..tebuka sini..tebelah sana..tebelah sini..huhu

-orang kalau ada bende mahal..orang simpan elok2 tau..x tayang sana sini..bende mahal kan mane leh tayang2..nanti org curi..bende2 murah je orang tayang2 free..huhu :P

-pada gadis muslim yg masih x bertudung 2 aku berdoa la kpd Allah supaya tebukak pintu ati korang bagi tergerak gak nak pakai tudung..manis taw bila aku tgok perempuan bertudung ni..huhu ;)

ps:pada gadis2 bertudung diluar sana..aku mmg salute korg ah..tabik spring satu kat korg..huhu..korg mmg sentiasa menjadi pojaan hati ku!...huhu xD

Thursday, March 4, 2010

Taubat..



Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat
Astafighrullahaladzim

Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat
Cepat ucap Astafighrullahaladzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka
Astafighrullahaladzim

Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap Astafighrullahaladzim
Cepat ucap Astafighrullahaladzim

Wali band-taubat..he3..lagu best+lirik menginsafkan..dengar jgn x dengar..huhu :)

Tuesday, March 2, 2010

5S – Propaganda Yahudi!!




5S – Propaganda Yahudi. Sudah tentu ramai di kalangan kita yang pernah terdengar atau terbaca tentang 5S ini. 5S yang dimaksudkan ialah Song, Spirit, Sex, Sport & Smoke. Jika diamati, sebahagian daripada perkara-perkara ini adalah perkara biasa dalam kehidupan kita sehari-hari. Lalu apa masalahnya? Sesungguhnya, inilah yang dinamakan propaganda, sesuatu yang dicipta dan telah menyusup masuk ke dalam budaya kita, dan menjadi sebahagian daripada hidup kita. Sehinggakan kita merasakan terlalu biasa melakukannya, dan terasa janggal, asing dan kolot sekali untuk meninggalkannya. Benarkah?


Song
Song di sini adakah hanya merujuk kepada lagu sahaja? Semestinya tidak. Ia merangkumi lagu, filem, game, anime dan sebagainya. Dengan kata mudahnya sebarang bentuk media dan hiburan. Timbul persoalan lain. “Ala, takkan tu pun salah? Bukan buat dosa pun..” Memanglah tak salah. Namun, apa-apa perkara pun yang hukumnya harus, bila dibuat secara berlebihan akan membawa mudarat. Kalau terlalu leka dengan hiburan sampai menjadi lalai, mengabaikan ibadat(terutamanya solat) dan pelajaran…itu sudah salah.

-terdapat juga lagu2 yg memuja2 syaitan seperti beberapa kumpulan black metal,ini sgt berat kerana berperanan merosakan akidah mukmin

-majoriti daripada hiburan mengandungi unsur-unsur yang sangat keduniaan, memuja wanita secara berlebih-lebihan, pornografi, keganasan dan lain-lain lagi. Bahkan banyak juga hiburan zaman kini yang tiada motif atau mesej yang ingin disampaikan. Hanya untuk keseronokan semata-mata.Sedar atau tidak, unsur-unsur sebeginilah yang melemahkan jiwa dan ingatan kita. Sehari setitik hitam, lama-lama hitam dan keraslah hati kita. Ilmu itu cahaya, dan cahaya takkan masuk ke dalam hati orang yang berbuat maksiat.

Spirit
Spirit di sini bermaksud minuman keras yang memabukkan-alcohol/arak. Apa bahayanya alkohol/arak ini?..

-tahukah anda arak ini merupakan raja segala kejahatan?..jika diberi pilihan utk membunuh, berzina atau meneguk arak yg mana yg anda akan lakukan?...tidak mustahil jika anda memilih meneguk arak anda boleh melakukan ke 3 kesalahan diatas kerana arak tersebut telah menghilangkan kewarasan akal anda.

Sex
Adakah yang dimaksudkan sex ini semata-mata hubungan seks? Tidak kawan-kawan. Malah ia merujuk kepada perkara sebelum seks itu sendiri, yang membawa dan menjerumuskan kita ke arahnya. Firman Allah bermaksud “Janganlah kamu mendekati zina” sudah cukup jelas menghalangi kita daripada hal ini. Unsur-unsur seks diterapkan dalam lagu, filem, iklan, komik, dan lain-lain lagi dan menjadi kebiasaan dalam kehidupan sehari-hari. Perkara ini dilihat universal tanpa ada sesiapa mempertikaikannya.

-Selain media, budaya percampuran lelaki dan wanita tanpa ada batasan dan sempadan dikembangluaskan sehebat mungkin.Islam tidak menghalang berikhtilat, namun ada batas-batasnya. Ikhtilat dibenarkan dalam menuntut ilmu, mengubati pesakit, kenderaan awam dan sebagainya.

-pornografi.. pada zaman sekarang sungguh sng kan utk mendapatkanya?

-kita dah boleh lihat kesanya kat negara kita..kes rogol,buang anak dan sex bebas umpama sudah menjadi perkara biasa terpampang di akbar dan dikalangan kita..lihat betapa hebatkan kesanya budaya yg telah diterapkan didalam minda kita?

Sport
Sukan? “Nak bersukan pun salah ke?”

-Pernah dengar ungkapan ni x? 'Letak bola sebiji, beribu-ribu orang tak solat Magrib kat stadium'

-Bersukan hukumnya harus, dan perkara harus kalau dibuat secara berlebih-lebihan atau tidak kena pada tempat dan masanya akan membawa mudarat. Namun jika dilakukan berpada-pada , tiada masalah. Melalui sukan kita dapat menyihatkan tubuh badan kita, dapat mengeratkan silaturrahim, dapat mentadabbur alam dan lain-lain lagi. Maka, pada ketika ini, ia amat digalakkan.

-paling x best bila ada org sanggup berjaga dan bangun sampai awal2 pagi utk tengok match team favourite diorang..tapi bila sampai time sembahyang subuh yg 5 minit 2 pun x leh buat kan..hurm

Smoke
Smoke di sini merujuk kepada rokok, syisya dan lain-lain lagi bentuk rokok. terdapat pelbagai mudarat dan kesan buruk rokok seperti kanser, radang paru-paru, peptic ulcer, impotence dan sebagainya. Merokok bukan sekadar membahayakan diri sendiri malah orang lain di sekeliling kita yang tidak bersalah juga turut mendapat kesan buruk daripada perbuatan kita. Merokok menunjukkan kita tidak bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah anugerahkan kepada kita. Selain itu, merokok juga merupakan satu bentuk pembaziran. Sedangkan umat Islam adalah yang termundur dan termiskin dalam era kini, namun masih ramai lagi yang degil dan tegar merokok.

-Tahukah anda, siapakah yang mula-mula mencipta rokok? Tidak lain dan tidak bukan Yahudi laknatullah. Rokok merupakan ciptaan paling agung dan paling membanggakan bangsa Yahudi. Selain itu, fakta membuktikan, bahawa tiada satupun syarikat rokok di dunia ini yang tidak dipunyai oleh orang Yahudi. Namun,adakah mereka merokok? Tidak sama sekali. Malahan mereka tidak membenarkan perokok menghadiri majlis dan conference mereka. Lihatlah betapa bijaknya mereka mencipta sesuatu yang memudaratkan orang lain, dan betapa kurang bijaknya kita jika menghisap rokok ciptaan Yahudi itu.

Sesungguhnya, untuk melawan musuh, kita harus mengenal pasti senjata-senjata yang dilontarkan ke arah kita. Paling penting bagi kita adalah untuk kembali kepada fitrah, kembali kepada Quran dan sunnah. Kerana Quran dan sunnah adalah pegangan kita, dan satu-satunya yang diwariskan Nabi untuk kita. Dan sedarlah, Islam tidak akan tertegak melalui umat yang asyik dan leka, yang senang lenang tidur lena, yang hanyut membuat dosa dan noda & yang tidak menjaga diri dan hawa. Marilah sama-sama memperbaik dan mengislah diri sendiri agar kita layak untuk menjadi sebahagian daripada generasi yang akan membebaskan Palestin tanah wakaf kita.

Wallahua’lam..

Wednesday, February 24, 2010

adeke terdapat perkataan rajin mengambarkan diriku ini??..huhu

Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia.

he3..ni result aku amik kuiz kat facebook...suka2 ja..tgok boleh percaya jangan..huhu xD

Wednesday, January 27, 2010

Kau Pergi Jua..



Ari 2 aku dok selongkar file2 lama aku lam computer aku,tgok2 tejumpa plak vid ne..huhu..ne lagu apa ntah aku reka time aku baru blaja men guitar dulu,kira2 2 taun lpas...huhu..lirik pun keja ulang2 ja..huhu..tapi aku dengar2 balik cam sedap pulak(cewah puji diri sniri..huhu xD)..2 yg aku saje 2 post 2..kalau korg rajin korg dengar la..tapi yg best 2..rindu plak tgok rambut aku yg dulu 2..aku suka o fesyen rambut aku dulu 2!!..huhu xD..x mcam skang..rambut dah pendek sbub masuk blaja kan..xbest..wuwu..tapi pape pun thx 2 spupu aku kerana meminjamkan guitar yamaha yg mahal beliau 2..huhu xD

ps:kalau dengar betol2 ade bunyi ayam bekokok,agak2 korg kul bape ek time ni?..huhu xD

Sunday, January 24, 2010

Syarat2 utk melakukan maksiat..

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Thursday, January 14, 2010

Serangan Ke Atas Gereja??

KENYATAAN DR MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN,

Tindakan merosakkan atau memusnahkan tempat ibadah agama lain tanpa alasan yang benar adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang murni. Ia tidak mungkin dilakukan oleh seorang muslim yang faham agamanya dalam ertikata yang sebenar. Tindakan seperti itu hanya dilakukan oleh orang-orang jahil yang tidak faham bagaimana tabiat sebenar agama yang mulia ini. Merujuk kepada kejadian terbaru yang berlaku di Petaling, di mana ada gereja yang dibakar dengan dilontar bahan-bahan letupan, maka berikut adalah penegasan saya;

  1. Kejadian ini mungkin ada kaitan dengan isu nama Allah yang sedang panas sekarang. Jika demikian, maka saya percaya perkara ini mungkin dilakukan oleh salah satu dari golongan berikut;
    • Pihak yang fanatik di kalangan orang Islam yang tidak memahami disiplin Islam berhubung dengan tempat-tempat ibadah agama lain.
    • Pihak yang fanatik di kalangan orang Kristian yang cuba menimbulkan provokasi.
    • Pihak yang cuba mengambil kesempatan politik dari ketegangan agama di negara ini dengan tujuan-tujuan tertentu.
  2. Islam berlepas diri dari tindakan yang seperti ini. Al-Quran sendiri menyatakan bahawa tujuan peperangan yang berlaku dalam ajaran Islam ialah untuk membela keadilan buat manusiawi, yang antara kebaikannya menyelamatkan tempat-tempat ibadah. Ini seperti firman Allah: (maksudnya) “Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surah al-Baqarah, ayat 251). Ini menunjukkan walaupun Islam hanya mengiktiraf dirinya sebagai agama yang diredhai Allah, namun dalam masa yang sama Islam menghormati hak beragama dan melindungi mereka.
  3. Ruang perbincangan dan diolag hendaklah dibuka untuk setiap pihak memahami antara satu sama lain. Mendahulukan demonstrasi, jeritan dan slogan yang keras hanya akan menimbulkan lagi ketegangan dalam isu-isu antara agama bagi rakyat yang hidup dalam negara yang mengiktiraf kebebasan beragama. Jalan yang baik ialah firman Allah: (maksudnya) “dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami dan juga Tuhan kamu adalah satu; dan kepadaNyalah kami berserah diri”. (Surah al-Ankabut: 46).
  4. Jangan ada pihak yang cuba menimbulkan ketegangan ini dengan tujuan-tujuan politik seperti untuk mengaut pengaruh dan menjuarai isu untuk mendapatkan nama dan kuasa. Perkara yang penting adalah mempertahankan prinsip-prinsip Islam yang menjamin keselamatan rakyat jelata secara adil dan menentang apa bentuk kezaliman serta pencemaran hak asasi setiap individu dan pihak yang dijamin oleh agama ini.
  5. Orang bukan Islam dalam negara ini juga hendaklah akur bahawa negara ini mempunyai identiti islamnya, maka mereka hendaklah menjaga perasaan dan sensitiviti umat Islam. Ini amat penting dalam keadaan umat Islam mempunyai rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku di Palestin, Iraq, Afghanistan, China, Filiphina, Selatan Thailand dan lain-lain negara yang membabitkan penindasan penganut agama lain ke atas umat Islam. Dibimbangi prejudis dan salahfaham boleh membawa kepada keburukan yang tidak berkesudahan.
  6. Peranan penting para sarjana Islam dan para pemimpin umat Islam di Malaysia ialah mempamirkan ketinggian nilai Islam ini. Amat malang jika kita yang hidup dalam multi-religious society sejak sekian lama tetapi gagal untuk memperkenalkan Islam yang sebenar kepada masyarakat bukan Islam sedangkan berbagai peruntukan dan ruang dimiliki oleh kita.
  7. Sekali lagi, saya amat bimbang ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dalam pergolakan yang akhir ini. Rakyat dalam negara ini hendaklah berhati-hati.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
8 Jan 2010

http://drmaza.com --> click utk lebih banyak artikel membina

Saturday, January 9, 2010

Jake Sully boleh berjalan??



-->huhu..ntah ape2 nye headline la aku letak ne,sbenarnye saje je nk cakap ri 2 aku pi tgok avatar..he3..aku taw org dah tgok berkurun dah tapi saja je nk cakap aku pun pi tgok..huhu xD..jln cite die mmg gempak ah..special effect x yah ckp lah,mmg terbaik ah,kire boleh bagi best movie of the year 2009 lah..huhu..kire keseluruhan filem neh aku x rasa borink pun
-->ramai yg cakap,filem neh ade banyak hiden message,yela yg biase2 2 cam suh jage alam sekitar,global warming ngn suh bencikan peperangan



-->tapi aku tertarik ngn satu pendapat tentang hidden message lam filem neh yg menyatakan 'contains heavy implicit criticism of America's conduct in the War on Terror'..hurm..yela cube korg fikir kan america 2 slalu je gune name nk hapuskan terrorist la tapi sebenarnye diorg ade agenda ngn kepentingan tersembunyi yg lain,cam nk amik minyak kat iraq ngn afganistan 2 dan beberapa kepentinagn yg lain..kan same cam ketua keselamatan keselamatan kat pandora 2 cakap,die cakap sebub nk jage keselamatan semue org kat pandora 2 la padahal diorg yg dulu gi ranapkan pokok tempat tinggal kaum na'vi 2 utk amik mineral berharga yg secara kebetulan ada belungguk2 betul2 bwh pokok 2,bile geng2 na'vi 2 berkumpul ramai2 ketua keselamatan kat pandora 2 pun cakap ini memberi ancaman kepada diorg pas 2 diorg ckp nk perang habis2saan dgn mengebom telaga apa ntah kat tempat kaum navi 2,sebjik cam perangai org israel yg rampas tanah org palestin,dah la rampas pas 2 pi bunuh lae plak hbeh org awam palestin atas alasan nk pertahankan diri sedangkan kebanyakan org palestin 2 kebanyakan cuma bersenjatakan batu ngn lastik je,cam kaum na'vi 2 la yg cuma guna arrow je pun sedangkan geng2 manusia ne ade missel ngn chopper kira lae berganda2 advance lae la dr kaum na'vi 2.


-->tapi ada jugak pendapat menarik yg aku bace dr satu blog neh cakap filem ne cam cuba sebarkan msj x baik,sebub si tuan director filem ne seorg freemasonic director,si James Cameron 2 la..aku pun x berapa paham apa 2 sebenarnya freemason tapi apa yg aku paham benda ne macam ada kaitan ngn yahudi la,pas 2 pahaman depa ne sesat camna ntah,mcam diorg percaya semua tuhan 2 sama,cam pahaman aties jugak kot..ala kan dalam filem avatar 2 diorg cakap semua org yg dah mati 2 kembali bersatu ngn enwa 2,klau korg pnh tgok cite final fantasy 7 advant children,2 pun same gak pahaman bodo ne,tapi diorg ganti ngn nama gaia,lam filem 2 pun cakap enwa tu x pilih side tapi cuma nk balance alam ini,pahaman2 ne secara x lansung cuba diserapkan lam kepala otak kita oleh puak2 yahudi ne,cuba kalau budak2 tgok,mesti sedikit sebanyak akan terpengaruh,tapi rasanya bukan takat budak,bapak budak pun boleh terpengaruh kalau akidah x kuat,seperti salah sorg org yg komen ne "after watching this movie,what i found is,this movie is trying to spread words with marvelous vision that brainwashing us"there is no God"you can feel the message at the end of the movie."eywa" can fix you.what is eywa?"..think.. sebagai seorg hamba Allah yg beriman,kita kena percaya yg lepas mati kita akan dihisab amalan bukan bersatu ngn nama merepek2 2 atupun sembah pokok cam lam filem 2,akidah pun kene kuatkan lah dan berkata cuma ada Allah yg satu dan islam 2 pegangan agama ku dan kata pahaman fremason ne sesat secara total!!!.



-->tapi aku terbayang la time geng2 kaum na'vi 2 bersatu walaupun ngn bersenjata kuno leh mng lawan geng2 manusia yg bersenjataakan canggih,aku terfikir kalau semua umat islam bersatu,insyAllah tentu x jatuh baitulmaqdis yg menjadi tempat paling suci ke 3 bagi umat islam 2 kat tgn org yahudi,tapi cam susah la sedangkan hamas sendiri pun bergaduh ngn fatah..hurm..

ps:teringat satu ayat yg aku baca time kempen gaza kat tempat aku...kata seorg Rabi yahudi,"jgn mimpilah umat islam untuk mng menentang kaum yahudi selagi bilangan org yg berjemaah di masjid diwaktu subuh tidak menyamai bilangan org yg berjemaah sewaktu solat jumaat"..perh..pendek je pun ayat ne tapi penangan die boleh tahan pedih gak n mendalam maksudnye tambah2 kalau kene kat batang idung sniri..hurm..