Terdetik

Kan lebih mahal nilai air mata itu kalau jatuhnya diatas tikar sejadah,apa guna dihabiskan airmata pada si dia yang telah pergi meninggalkan ku,sedangkan kasihnya Allah tak pernah pergi jauh dariku,aku bersyukur atas segala rahmat Mu,semoga dipermudahkan segala urusanku...

Sunday, October 24, 2010

Mengapa aku bukan begini...



pernahkah terlintas difikiran anda kenapa nasib@keadaan kita begini dan bukan begitu seperti yg kita gambarkan pada ketika ini?
Adakah dengan mengubah masa silam,kita akan menjadi sepertimana kita sekarang?..Adakah dengan menjadi org yg lebih baik pada masa silam akan membuatkan kita menjadi lebih baik pada masa sekarang?

Setiap yg berlaku 2 pasti ada hikmahnya..Allah tk pernah menjadikan sesuatu itu dengan sia2. Setiap yg Dia lakukan itu punya sebab tersendiri dan tak semudah itu utk kita ketahui.

'Allah mengetahui sedangkan kita tidak'
2:216

kerana apa yang berlaku, kesilapan yg sengaja dan tak disengajakan bertahun2 lalu mahupun semalam pun memberi seribu satu hikmah kepada kita...
kerana..mungkin..kesalahan yg dilakukan itu boleh dianggap sebagai ujian supaya kita lebih matang dan mudah berdepan pekara yg sama dimasa akan datang..
atau mungkin juga sebagai pengajaran supaya kita x mengulangi kesilapan yg sama..

Apa yg kita capai hari ini adalah berdasarkan pencapaian kita semalam. Dan kejayaan hari esok bermula dgn pencapaian kita pada saat ini,hari ini...

aku tak mahu kembali kezaman dulu.kerana, sekiranya aku 'mampu' mengubah kesilapan demi kesilapan yg aku lakukan pada usia begitu,mungkin aku takkan mampu utk tersenyum dan berdiri sepertimana sekarang ini..

jadi buang perkataan 'kalau' itu jauh2..jika ign mengubah nasib kita..mulakan hari ini..saat ini..
dengan 3 langkah yg mudah..usaha,tawakal dan doa..cukuplah dgn tiga langkah ini saja..

Masa depan adalah masa di hadapan...
Pandang belakang sekali sekala..Kerana itulah yg mencorak kita pada ketika ini..
Renung-renungkan lah..

:)


idea asal dan credit:yusuf mujahidin


ps:terlintas selepas membaca artikel mrs M's.. ^_^

Friday, October 15, 2010

pacaran..huhu

Kalau berpacaran,
Memang banyak pantang larang,
Menjaga susila,
Ibubapa adik abang,

Apabila berdua,
Carilah tempat yang terang,
Agar tidak pula,
Mencuba aksi terlarang,

Boleh pandang-pandang,
Jangan pegang-pegang,
Duduk renggang-renggang,
Bertambah sayang..

Biar malu-malu,
Biar segan-segan,
Kerna malu itu,
Perisai orang beriman...

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarlah rombongan,
Meminang dengan segera,
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya..

Yeah!
Kita sambung cerita,
Kalau kamu berdua,
Aku yang ketiga...

Aku penambah perasa,
Aku lah pendarab nafsu serakah,
Hai teruna bikin perangai selamba,
Hati si dara kata tak apa...

Berani buat terima padah,
Kalau tak sedia,
Ucap syahadah!!

ps:ana rafali-kalau bepacaran...lagu catchy dengan irama nk mcam pop yeyeh!..tapi lyrics dia penuh nasihat kan?..huhu :)

Friday, October 8, 2010

Beruntung....




“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
- Surah Al-Baqarah Ayat 216


ps:bersyukurlah walau apa jua keadaan mahupun dalam apa juga masalah yg kamu hadapi..lihat sekeliling..buat perbandingan..tarik nafas..fikir dalam2..beruntungkan kamu?... :)