Terdetik

Kan lebih mahal nilai air mata itu kalau jatuhnya diatas tikar sejadah,apa guna dihabiskan airmata pada si dia yang telah pergi meninggalkan ku,sedangkan kasihnya Allah tak pernah pergi jauh dariku,aku bersyukur atas segala rahmat Mu,semoga dipermudahkan segala urusanku...

Friday, August 19, 2011

Asyik2 cakap pasal perempuan jaa..meh kalineh kita cakap pasal lelaki plak..hehe




✿Lelaki yg BAIK : lelaki yang boleh bimbing wanita ke jalanNya ~
✿Lelaki yg SETIA : lelaki yg sentiasa sedaya upaya menunaikan solat berjemaah di masjid~
✿Lelaki yg COMEL: lelaki yg berbaju melayu @ jubah utk menuju ke masjid~
✿Lelaki yg MACHO : lelaki yg sentiasa menundukkan pandanganya dari aurat wanita~
✿Lelaki yg SWEET : lelaki yg selalu mengalunkan Ayat2 Al-Quran dan zikir dibibirnya ~
✿Lelaki yg PELINDUNG : lelaki yg menjaga batas pergaulan dan menyuruh menutup aurat~
✿Lelaki yg ROMANTIK : lelaki yg menghadiahkan sebuah doa setiap hari ~
✿Lelaki yg CHARMING : lelaki yg mengingatkan si dia tentang ibadat ~
✿Lelaki yg BIJAK : Lelaki yg sentiasa beringat tentang kematian~
✿Lelaki yg GENIUS : lelaki yg suka menghadirkan diri dalam majlis ilmu

ps:semoga aku juga tergolong dalam golongan lelaki tersebut.. ^^

Saturday, August 6, 2011

Temuduga Mayat!!!~




TEMUDUGA SEBAGAI "BAKAL JENAZAH"
SEMUA AKAN DIJEMPUT HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN!

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

ANTARA GANJARAN:

Rebutlah bonus istimewa utk jawatan A!:

1.Nikmat kubur.
2.Perlindungan di Padang Mahsyar.
3.Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4.Syurga yang kekal abadi.

Semoga kita dijauhkan dari ganjaran utk jawatan B:

1.dicabut rohnya bagaikan mencabut besi dari bulu yang basah, maka terputus semua urat dan ototnya, lalu diterima akan dimasukkan dalam kain hitam, dan dibawa dengan bau yang sangat busuk bagaikan bangkai

2.disempitkan kuburnya sehingga terhimpit dan rosak tulang-tulang rusuknya

3.dikirimkan kepadanya ular segemuk leher unta, maka makan dagingnya sehingga habis dan sisa tulang semata-mata,

4.dikirim kepadanya Malaikat yang akan menyiksa iaitu yang buta tuli dan bisu dengan membawa puntung dari besi yang langsung dipukulkannya, sedang Malaikat itu tidak mendengar suara jeritannya dan tidak melihat keadaannya supaya tidak dikasihaninya, selain itu lalu dihidangkan siksa neraka itu tiap pagi dan petang."

TARIKH TEMUDUGA:
Tidak akan cepat mahupun lambat walaupun seseaat,bila-bila masa tak mengira pangkat,umur,status dan harta,bersedia mahupun tidak,tidak kira dimana dan bagaimana,bermula sebaik sahaja dijemput apabila tiba giliran yg telah ditetapkan.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Semua yg bernyawa pasti akan mati.Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat ,pangkat,gelaran, Mercedes mata belalang,bmw 5 series atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

SILA KEMUKAKAN DOKUMEN ASAL:
1)Iman dan Amal yg soleh,
2)Sedekah jariah,
3)Ilmu yg bermanafaat
4)Dan juga doa dari anak yg soleh sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

KESILAPAN YG KERAP DILAKUKAN OLEH PARA CALON

1.Bertangguh2 dan berniat ingin bertaubat cuma bila sudah tua dan menyangka diri masih awal utk bertaubat kerana masih muda
*ajal x menunggu kita sedangkan bayi dalam kandungan pun ada yg dah meninggal :)*

2.Terasa diri sudah terlambat utk bertaubat.
*Allah Maha Pengampun..setinggi langit pun dosa kamu bertaubatlah selagi mana nyawa kamu x sampai ke kerongkong dan matahari belum terbit di barat :)*

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya. Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dariarasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya". Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat. Wallahu-a'lam. Semoga kite semua berjaya dalam temuduga ini. InsyaAllah amin..

ps:harap2 kita semua sentiasa beringat dan dapat menjawab soalan yg sememangnya dh bocor ni.. :)

Thursday, August 4, 2011

babi dalam sosej 'lokcin' cucuk2 tepi pantai pasar malam





KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.

Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.

“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.


“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya.

ps:tinggal kan yg was2..banyak lagi benda halal lam muka bumi ni.. :)

*peniaga pun patut jgn fikir untung ja,patut pastikan menjual makanan dari sumber yg halal..yg korang bagi mkn 2 saudara2 korang gak..haih -__-