Terdetik

Kan lebih mahal nilai air mata itu kalau jatuhnya diatas tikar sejadah,apa guna dihabiskan airmata pada si dia yang telah pergi meninggalkan ku,sedangkan kasihnya Allah tak pernah pergi jauh dariku,aku bersyukur atas segala rahmat Mu,semoga dipermudahkan segala urusanku...

Thursday, August 4, 2011

babi dalam sosej 'lokcin' cucuk2 tepi pantai pasar malam





KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.

Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.

“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.


“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya.

ps:tinggal kan yg was2..banyak lagi benda halal lam muka bumi ni.. :)

*peniaga pun patut jgn fikir untung ja,patut pastikan menjual makanan dari sumber yg halal..yg korang bagi mkn 2 saudara2 korang gak..haih -__-

1 comment:

  1. orang ramai da makan bejuta2 cucuk,baru laa pakat2 sebok nk announce xhalal.dunia ohhh dunia...

    ReplyDelete