Terdetik

Kan lebih mahal nilai air mata itu kalau jatuhnya diatas tikar sejadah,apa guna dihabiskan airmata pada si dia yang telah pergi meninggalkan ku,sedangkan kasihnya Allah tak pernah pergi jauh dariku,aku bersyukur atas segala rahmat Mu,semoga dipermudahkan segala urusanku...

Monday, June 7, 2010

Mavi Marmara..






Tidaklah sama orang beriman yan
g duduk (yang tidak turut berperang) tanpa mempunyai uzur(halangan)dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwanya.Allah melebihkan darjat orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk(tidak ikut berperang tanpa halangan).Kepada masing-masing Allah menjanjikan (pahala) yang baik (syurga)dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang-orang yang duduk dengan pahala yang besar,(iaitu) beberapa darjat daripadaNya, serta ampunan dan rahmat.Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. [An-nisa' : 95-96]

-Saat ini saudara-saudara kita di sana kelaparan, keperitan dihimpit tekanan dari sang zionis laknatullah…Di tengah lautan sana pula ada yg bertaruh nyawa cuba menyampaikan kepada yang terhimpit di bumi sana…Hanya doa kami panjatkan buatMu ya Robb, yang Maha Mentadbir, Maha Mengetahui…

-Kadang kala rasa diri ini tiada erti, tak mampu berbuat apa-apa…tapi sebenarnya pelbagai cara lagi yg mampu kita lakukan selain dari mengutuk tindakan kejam sang zionis laknatullah ini…

-pertama kita perlu mengubah perspektif minda kita..kita perlu bersatu sesama muslim..percayalah kita kuat bila kita bersatu!..bagaimana nk bersatu?..ketepikan idoelogi masing2..dan bersatulah dibawah nama islam..kembalilah kpd Al-Quran dan sunnah x kira apa pun masalah pasti ada penyelesaianya kerana kedua2nya adalah sebaik2 panduan kita utk berjaya didunia dan diakhirat..

-kita boleh memulakan memupuk perpaduan kita dgn menunaikan solat secara berjemaah..percayalah mereka gentar jika kita bersatupadu..kata seorang rabi yahudi 'jgn mimpilah umat islam mng utk menentang kami kalau bilangan orang yg solat berjemaah diwaktu subuh x menyamai bilangan org yg solat jumaat dimasjid'..

-mantapkan lagi Ilmu agama didalam diri!..percayalah kita kuat dengan ilmu agama!..kita x akan mudah dibeli mahupun tepengaruh dengan unsur2 negatif yg telah mereka tanam dan terapkan dlm diri kita yg tanpa kita sedari menjadi umpama butang 'self destructive' merosakan anak bangsa kita perlahan2 dari dalam seperti yg telah diceritakan dlm entri ini...percayalah masalah rasuah,sex bebas,buang bayi dan pelbagai lagi dapat diselesaikan jika terdapatnya iman didalam hati.

-terapkan ajaran islam kpd anak2 sejak kecil lagi secara menyeluruh!..kerana anak2 kecil ini lah yg akan menjadi pelapis masa depan..malangnya yg banyak diterapkan masa kini cuba hiburan2 kosong yg x memberi sebarang faedah kpd penmbangunan lahiriah dan rohaniah kpd generasi muda..kempen dan program kearah keagamaan yg diadakan besar2ran sgt lah kurang dan jarang2 kelihatan..contohnya pernahkah wujud kemen mengajak bersolat?..bagaimana nk menyelesaikan isu palestin sekiranya kebanyakan orang masih tidak menunaikan solat wajib?..sedangkan solat itu sangat memainkan peranan penting dan amat ditekankan dlm agama kita sehingga ia diumpamakan sebagai tiang agama

sabda nabi:Solat merupakan tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama

-teringat kata2 seorang ilmuan agama..'org arab dan org rom jauh berbeza,org rom ketika itu bina askarnya dengan badan yg kuat,tetapi org arab hanya org kampung yg beperang..tapi kenapa jatuh org rom?..kalimah Allahuakbar!..kerana 1 orang beriman boleh mengalahkan 10 orang kafir'...disini bemaksud nisbah 1 vs 10 kerana dibelakangnya diturunkan malaikat..hebat bukan jika kita benar2 di kalangan yg beriman?..hebat bukan jika kita dapat melahirkan masyarakat dari golongan yg beriman dan soleh?

Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.
(Al-Anfal: 65)

-Allah menyatakan bahwa orang-orang yang menyembah Nya secara murni, tanpa menyekutukan Nya dengan makhluk Nya sebagai tuhan-tuhan lain selain Nya dan beramal saleh untuk meraih ridha Nya, akan dianugerahi kekuasaan dan pengaruh.

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan apa pun dengan-Ku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik
(An Nuur: 55)


-satu lagi cara yg temampu untuk kita lakukan ialah dengan menuntut ilmu bersungguh2!..kita kuat jika kita berilmu..nolage is power!..buang sifat malas kita jauh2 dan tuntut lah Ilmu kerana Allah!..lihat bagaimana mereka mengusai dunia dlm bidang ekonomi,teknologi,ketenteraan semuanya berpokok pangkal dgn ilmu yg mereka miliki!...jika kita ada kepakaran jika kita ada teknologi,kita tidak akan ditindas..jika kita boleh hasilkan produk kita sendiri ianya menjadi alternatif dari membeli produk2 dan pekakasan barangan isrel yg belambak2 dipasaran masa kini.

-moga peka dan semangat hari ini tidak hanya berapi tiga empat hari…Jangan kerana dosa dan noda kita sehari-hari, kemenangan masih menjauhi….Moga hati ini sentiasa teringat…mendoakan saudara-saudara ‘jauh’ dalam solat dan doa kami…Ampunkan dosa-dosa kami ya Allah…Tenggelamkanlah musuh-musuh kami ya Allah…Kuatkanlah saudara-saudara kami ya Allah…Ameen ya robbal ‘alamiin…




-Teringat satu kisah..Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil. Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu? Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

-kalau dikira secara logik dan matematik mana mungkin isipadu air yg dibawa oleh paruh kecil burung pipit tersebut mampu memadamkan api yg sedang marak tersebut..tapi Allah Maha Adil..yg dipandangNya bukan hasil,tapi usaha yg dilakukan..sekurang2nya burung tersebut berusaha mengikut kemampuanya dari berpeluk tubuh..

ps:jadi apa usaha yg telah kita dilakukan sekarang bagi menegakkan islam dan membantu saudara2 semuslim kita yg dalam kesusahan disana mengikut kemampuan kita?..tepuk dada tanya iman...

Friday, June 4, 2010

lawak kan.. :)




lawak kan..bila duit 50 sen nampak macam besar bila nk bawak ke kotak derma masjid,tapi rasa begitu kecil jika dibawa ke pasaraya..

lawak kan..bila ada duit banyak2 tapi pakai baju tebukak sana tebukak sini mcam org x mampu nk beli kain sedangkan sekarang ni orang yg miskin pun dah mampu pakai pakaian lengkap..

lawak kan..bila ditanya tentang nama2 tokoh islam,nama2 bulan islam ada yg tidak tahu tetapi jika ditanya nama2 artis anak2 kecil pun boleh menjawabnya dengan petah..

lawak kan..bila tengok orang menangis waktu disingkirkan dlm program realiti tv nyanyian tapi jarang pulak kita tengok orang menangis kalau dapat result teruk time spm or dpt pointer rendah

lawak kan..bila ada yg sanggup meninggi suara kepada kedua org ibubapanya..sedangkan kasihnya mereka ketika kita masih kecil,membasuh berak kencing,tidak merungut pun jika tangisan kita menggangu tidur mereka

lawak kan..bila ada pasangan muda yg bakal atau mahu berkawin di usia muda dipandang serong seperti 'sudah telanjur' atau 'gatal'...tapi pasangan yg bukan muhrim membonceng motor bersama,berpegangan tangan kehulu kehilir dianggap pekara biasa masa kini

lawak kan..bila sekarang mencari yg halal lebih sukar dari mencari yg haram seperti utk berkahwin lebih sukar dari berzina kerana diletakkan syarat dan hantaran yg tinggi2 dan perbagai demand dari pihak keluarga sedangkan urusan pekahwinan seharusnya dipermudahkan

lawak kan..bila zaman sekarang dikatakan 'ringan2' ketika bercouple dianggap pekara biasa

lawak kan..bila sekarang ini ada yg bangga apabila melakukan kemungkaran malah menceritakan kepada rakan2nya dgn penuh riak

lawak kan..bila rokok dikata penghilang tension tapi zikir dan laungan ayat2 Al-quran tidak pula dicari

lawak kan..ramai yg tahu terang2ngan lagi rokok 2 memudaratkan,membazirkan dan telah difatwakan haram tapi masih ada yg menghisapnya

lawak kan..bila yahudi mencipta rokok tapi mereka tidak membenarkan perokok menghadiri majlis dan conference mereka,bijaknya mereka mencipta sesuatu yang memudaratkan orang lain, dan betapa kurang bijakkan org yg menghisap rokok ciptaan Yahudi itu

lawak kan..bila rasa lamanya sejam dimasjid tetapi betapa singkatnya 2 jam berlalu waktu menonton wayang di panggung

lawak kan..bila sekarang di disesetengah tempat nk solat pun dikenakan bayaran

lawak kan..bila sanggup kunci jam utk bangun tengok bola 3-4 pagi tapi x bangun utk solat subuh

lawak kan..bila sebab sebiji bola kat tengah stadium beribu2 orang x solat magrib

lawak kan..bila susah sungguh meluangkan masa berzikir dan menyusun kata memanjatkan doa kepada yang Maha Esa..tapi banyaknya masa bersembang dgn kwn2,gf dan bf..

lawak kan..bila x boleh nk habiskan masa cuma sekitar 25 minit dari 1440 minit yg ada dalam sehari utk tunaikan solat 5 waktu jika dibandingkan dengan kita dikurniakan Nya tubuh badan sihat,cukup makan,tempat tinggal yg selesa..dan udara yg percuma utk bernafas..

ps:sebenarnya banyak lagi benda2 boleh disenaraikan yg kita x perasan tapi berlaku disekeliling kita..adakah kita tidak perasan atau kita sengaja tidak perasan atau mmg kita x penah nk ambil peduli?..tepuk dada tanya iman..sama2 lah kita renung2 kan...

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” (al-Ankabut (29:69) )

Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar.
(Surah Al-Ahzab: 35 )