Terdetik

Kan lebih mahal nilai air mata itu kalau jatuhnya diatas tikar sejadah,apa guna dihabiskan airmata pada si dia yang telah pergi meninggalkan ku,sedangkan kasihnya Allah tak pernah pergi jauh dariku,aku bersyukur atas segala rahmat Mu,semoga dipermudahkan segala urusanku...

Friday, June 4, 2010

lawak kan.. :)




lawak kan..bila duit 50 sen nampak macam besar bila nk bawak ke kotak derma masjid,tapi rasa begitu kecil jika dibawa ke pasaraya..

lawak kan..bila ada duit banyak2 tapi pakai baju tebukak sana tebukak sini mcam org x mampu nk beli kain sedangkan sekarang ni orang yg miskin pun dah mampu pakai pakaian lengkap..

lawak kan..bila ditanya tentang nama2 tokoh islam,nama2 bulan islam ada yg tidak tahu tetapi jika ditanya nama2 artis anak2 kecil pun boleh menjawabnya dengan petah..

lawak kan..bila tengok orang menangis waktu disingkirkan dlm program realiti tv nyanyian tapi jarang pulak kita tengok orang menangis kalau dapat result teruk time spm or dpt pointer rendah

lawak kan..bila ada yg sanggup meninggi suara kepada kedua org ibubapanya..sedangkan kasihnya mereka ketika kita masih kecil,membasuh berak kencing,tidak merungut pun jika tangisan kita menggangu tidur mereka

lawak kan..bila ada pasangan muda yg bakal atau mahu berkawin di usia muda dipandang serong seperti 'sudah telanjur' atau 'gatal'...tapi pasangan yg bukan muhrim membonceng motor bersama,berpegangan tangan kehulu kehilir dianggap pekara biasa masa kini

lawak kan..bila sekarang mencari yg halal lebih sukar dari mencari yg haram seperti utk berkahwin lebih sukar dari berzina kerana diletakkan syarat dan hantaran yg tinggi2 dan perbagai demand dari pihak keluarga sedangkan urusan pekahwinan seharusnya dipermudahkan

lawak kan..bila zaman sekarang dikatakan 'ringan2' ketika bercouple dianggap pekara biasa

lawak kan..bila sekarang ini ada yg bangga apabila melakukan kemungkaran malah menceritakan kepada rakan2nya dgn penuh riak

lawak kan..bila rokok dikata penghilang tension tapi zikir dan laungan ayat2 Al-quran tidak pula dicari

lawak kan..ramai yg tahu terang2ngan lagi rokok 2 memudaratkan,membazirkan dan telah difatwakan haram tapi masih ada yg menghisapnya

lawak kan..bila yahudi mencipta rokok tapi mereka tidak membenarkan perokok menghadiri majlis dan conference mereka,bijaknya mereka mencipta sesuatu yang memudaratkan orang lain, dan betapa kurang bijakkan org yg menghisap rokok ciptaan Yahudi itu

lawak kan..bila rasa lamanya sejam dimasjid tetapi betapa singkatnya 2 jam berlalu waktu menonton wayang di panggung

lawak kan..bila sekarang di disesetengah tempat nk solat pun dikenakan bayaran

lawak kan..bila sanggup kunci jam utk bangun tengok bola 3-4 pagi tapi x bangun utk solat subuh

lawak kan..bila sebab sebiji bola kat tengah stadium beribu2 orang x solat magrib

lawak kan..bila susah sungguh meluangkan masa berzikir dan menyusun kata memanjatkan doa kepada yang Maha Esa..tapi banyaknya masa bersembang dgn kwn2,gf dan bf..

lawak kan..bila x boleh nk habiskan masa cuma sekitar 25 minit dari 1440 minit yg ada dalam sehari utk tunaikan solat 5 waktu jika dibandingkan dengan kita dikurniakan Nya tubuh badan sihat,cukup makan,tempat tinggal yg selesa..dan udara yg percuma utk bernafas..

ps:sebenarnya banyak lagi benda2 boleh disenaraikan yg kita x perasan tapi berlaku disekeliling kita..adakah kita tidak perasan atau kita sengaja tidak perasan atau mmg kita x penah nk ambil peduli?..tepuk dada tanya iman..sama2 lah kita renung2 kan...

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” (al-Ankabut (29:69) )

Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar.
(Surah Al-Ahzab: 35 )


7 comments:

  1. alhamdulillah kalau ang yang create benda ni. ;)

    ReplyDelete
  2. sapa create pun bagi aku x penting..yg penting mesej 2 sampai :)

    ReplyDelete
  3. maksud aku,
    kalau ang yang create,
    means ang tak buat macam semua tu.

    tapi kalau ang copy and paste saja,
    peratusan untuk ang pun buat menda yang sama,
    is there! :P

    ReplyDelete
  4. aku yg create ke..aku x ke..aku tetap boleh je ikut or x ikut..peratusan ttp ada..pilihan ditangan kita kan?.. :)..kalau x..buat penat ja aku post kalau mmg sebub aku yg create cuma aku sorg ja yg ikot..org lain x ikot..hurm

    ReplyDelete
  5. Such a good words in this post,
    meanful messages,
    ....الحمد لله

    ReplyDelete