Tidaklah sama orang beriman yang duduk (yang tidak turut berperang) tanpa mempunyai uzur(halangan)dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwanya.Allah melebihkan darjat orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk(tidak ikut berperang tanpa halangan).Kepada masing-masing Allah menjanjikan (pahala) yang baik (syurga)dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang-orang yang duduk dengan pahala yang besar,(iaitu) beberapa darjat daripadaNya, serta ampunan dan rahmat.Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. [An-nisa' : 95-96]-Saat ini saudara-saudara kita di sana kelaparan, keperitan dihimpit tekanan dari sang zionis laknatullah…Di tengah lautan sana pula ada yg bertaruh nyawa cuba menyampaikan kepada yang terhimpit di bumi sana…Hanya doa kami panjatkan buatMu ya Robb, yang Maha Mentadbir, Maha Mengetahui…
-Kadang kala rasa diri ini tiada erti, tak mampu berbuat apa-apa…tapi sebenarnya pelbagai cara lagi yg mampu kita lakukan selain dari mengutuk tindakan kejam sang zionis laknatullah ini…
-pertama kita perlu mengubah perspektif minda kita..kita perlu bersatu sesama muslim..percayalah kita kuat bila kita bersatu!..bagaimana nk bersatu?..ketepikan idoelogi masing2..dan bersatulah dibawah nama islam..kembalilah kpd Al-Quran dan sunnah x kira apa pun masalah pasti ada penyelesaianya kerana kedua2nya adalah sebaik2 panduan kita utk berjaya didunia dan diakhirat..
-kita boleh memulakan memupuk perpaduan kita dgn menunaikan solat secara berjemaah..percayalah mereka gentar jika kita bersatupadu..kata seorang rabi yahudi 'jgn mimpilah umat islam mng utk menentang kami kalau bilangan orang yg solat berjemaah diwaktu subuh x menyamai bilangan org yg solat jumaat dimasjid'..
-mantapkan lagi Ilmu agama didalam diri!..percayalah kita kuat dengan ilmu agama!..kita x akan mudah dibeli mahupun tepengaruh dengan unsur2 negatif yg telah mereka tanam dan terapkan dlm diri kita yg tanpa kita sedari menjadi umpama butang 'self destructive' merosakan anak bangsa kita perlahan2 dari dalam seperti yg telah diceritakan dlm
entri ini...percayalah masalah rasuah,sex bebas,buang bayi dan pelbagai lagi dapat diselesaikan jika terdapatnya iman didalam hati.
-terapkan ajaran islam kpd anak2 sejak kecil lagi secara menyeluruh!..kerana anak2 kecil ini lah yg akan menjadi pelapis masa depan..malangnya yg banyak diterapkan masa kini cuba hiburan2 kosong yg x memberi sebarang faedah kpd penmbangunan lahiriah dan rohaniah kpd generasi muda..kempen dan program kearah keagamaan yg diadakan besar2ran sgt lah kurang dan jarang2 kelihatan..contohnya pernahkah wujud kemen mengajak bersolat?..bagaimana nk menyelesaikan isu palestin sekiranya kebanyakan orang masih tidak menunaikan solat wajib?..sedangkan solat itu sangat memainkan peranan penting dan amat ditekankan dlm agama kita sehingga ia diumpamakan sebagai tiang agama
sabda nabi:Solat merupakan tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama-teringat kata2 seorang ilmuan agama..'org arab dan org rom jauh berbeza,org rom ketika itu bina askarnya dengan badan yg kuat,tetapi org arab hanya org kampung yg beperang..tapi kenapa jatuh org rom?..kalimah Allahuakbar!..kerana 1 orang beriman boleh mengalahkan 10 orang kafir'...disini bemaksud nisbah 1 vs 10 kerana dibelakangnya diturunkan malaikat..hebat bukan jika kita benar2 di kalangan yg beriman?..hebat bukan jika kita dapat melahirkan masyarakat dari golongan yg beriman dan soleh?
Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti. (Al-Anfal: 65)-Allah menyatakan bahwa orang-orang yang menyembah Nya secara murni, tanpa menyekutukan Nya dengan makhluk Nya sebagai tuhan-tuhan lain selain Nya dan beramal saleh untuk meraih ridha Nya, akan dianugerahi kekuasaan dan pengaruh.
Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan apa pun dengan-Ku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik
(An Nuur: 55)-satu lagi cara yg temampu untuk kita lakukan ialah dengan menuntut ilmu bersungguh2!..kita kuat jika kita berilmu..nolage is power!..buang sifat malas kita jauh2 dan tuntut lah Ilmu kerana Allah!..lihat bagaimana mereka mengusai dunia dlm bidang ekonomi,teknologi,ketenteraan semuanya berpokok pangkal dgn ilmu yg mereka miliki!...jika kita ada kepakaran jika kita ada teknologi,kita tidak akan ditindas..jika kita boleh hasilkan produk kita sendiri ianya menjadi alternatif dari membeli produk2 dan pekakasan barangan isrel yg belambak2 dipasaran masa kini.
-moga peka dan semangat hari ini tidak hanya berapi tiga empat hari…Jangan kerana dosa dan noda kita sehari-hari, kemenangan masih menjauhi….Moga hati ini sentiasa teringat…mendoakan saudara-saudara ‘jauh’ dalam solat dan doa kami…Ampunkan dosa-dosa kami ya Allah…Tenggelamkanlah musuh-musuh kami ya Allah…Kuatkanlah saudara-saudara kami ya Allah…Ameen ya robbal ‘alamiin…
-Teringat satu kisah..Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil. Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu? Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.-kalau dikira secara logik dan matematik mana mungkin isipadu air yg dibawa oleh paruh kecil burung pipit tersebut mampu memadamkan api yg sedang marak tersebut..tapi Allah Maha Adil..yg dipandangNya bukan hasil,tapi usaha yg dilakukan..sekurang2nya burung tersebut berusaha mengikut kemampuanya dari berpeluk tubuh..
ps:jadi apa usaha yg telah kita dilakukan sekarang bagi menegakkan islam dan membantu saudara2 semuslim kita yg dalam kesusahan disana mengikut kemampuan kita?..tepuk dada tanya iman...
we hate israel forevaaaa...
ReplyDeletegrrr
S.a
ReplyDeleteisrail yönetimini kınıyoruz ama fillerimizlede bunu göstermeliyiz örneğin israilli firmaların ürettiği hiçbirşeyi almamalı ve tüketmemeliyiz hatta çok ucuz olsa dahi
TÜRKİYE DEN binlerce selam olsun
hoşcakalın