Terdetik

Kan lebih mahal nilai air mata itu kalau jatuhnya diatas tikar sejadah,apa guna dihabiskan airmata pada si dia yang telah pergi meninggalkan ku,sedangkan kasihnya Allah tak pernah pergi jauh dariku,aku bersyukur atas segala rahmat Mu,semoga dipermudahkan segala urusanku...

Wednesday, January 27, 2010

Kau Pergi Jua..



Ari 2 aku dok selongkar file2 lama aku lam computer aku,tgok2 tejumpa plak vid ne..huhu..ne lagu apa ntah aku reka time aku baru blaja men guitar dulu,kira2 2 taun lpas...huhu..lirik pun keja ulang2 ja..huhu..tapi aku dengar2 balik cam sedap pulak(cewah puji diri sniri..huhu xD)..2 yg aku saje 2 post 2..kalau korg rajin korg dengar la..tapi yg best 2..rindu plak tgok rambut aku yg dulu 2..aku suka o fesyen rambut aku dulu 2!!..huhu xD..x mcam skang..rambut dah pendek sbub masuk blaja kan..xbest..wuwu..tapi pape pun thx 2 spupu aku kerana meminjamkan guitar yamaha yg mahal beliau 2..huhu xD

ps:kalau dengar betol2 ade bunyi ayam bekokok,agak2 korg kul bape ek time ni?..huhu xD

Sunday, January 24, 2010

Syarat2 utk melakukan maksiat..

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Thursday, January 14, 2010

Serangan Ke Atas Gereja??

KENYATAAN DR MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN,

Tindakan merosakkan atau memusnahkan tempat ibadah agama lain tanpa alasan yang benar adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang murni. Ia tidak mungkin dilakukan oleh seorang muslim yang faham agamanya dalam ertikata yang sebenar. Tindakan seperti itu hanya dilakukan oleh orang-orang jahil yang tidak faham bagaimana tabiat sebenar agama yang mulia ini. Merujuk kepada kejadian terbaru yang berlaku di Petaling, di mana ada gereja yang dibakar dengan dilontar bahan-bahan letupan, maka berikut adalah penegasan saya;

  1. Kejadian ini mungkin ada kaitan dengan isu nama Allah yang sedang panas sekarang. Jika demikian, maka saya percaya perkara ini mungkin dilakukan oleh salah satu dari golongan berikut;
    • Pihak yang fanatik di kalangan orang Islam yang tidak memahami disiplin Islam berhubung dengan tempat-tempat ibadah agama lain.
    • Pihak yang fanatik di kalangan orang Kristian yang cuba menimbulkan provokasi.
    • Pihak yang cuba mengambil kesempatan politik dari ketegangan agama di negara ini dengan tujuan-tujuan tertentu.
  2. Islam berlepas diri dari tindakan yang seperti ini. Al-Quran sendiri menyatakan bahawa tujuan peperangan yang berlaku dalam ajaran Islam ialah untuk membela keadilan buat manusiawi, yang antara kebaikannya menyelamatkan tempat-tempat ibadah. Ini seperti firman Allah: (maksudnya) “Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surah al-Baqarah, ayat 251). Ini menunjukkan walaupun Islam hanya mengiktiraf dirinya sebagai agama yang diredhai Allah, namun dalam masa yang sama Islam menghormati hak beragama dan melindungi mereka.
  3. Ruang perbincangan dan diolag hendaklah dibuka untuk setiap pihak memahami antara satu sama lain. Mendahulukan demonstrasi, jeritan dan slogan yang keras hanya akan menimbulkan lagi ketegangan dalam isu-isu antara agama bagi rakyat yang hidup dalam negara yang mengiktiraf kebebasan beragama. Jalan yang baik ialah firman Allah: (maksudnya) “dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami dan juga Tuhan kamu adalah satu; dan kepadaNyalah kami berserah diri”. (Surah al-Ankabut: 46).
  4. Jangan ada pihak yang cuba menimbulkan ketegangan ini dengan tujuan-tujuan politik seperti untuk mengaut pengaruh dan menjuarai isu untuk mendapatkan nama dan kuasa. Perkara yang penting adalah mempertahankan prinsip-prinsip Islam yang menjamin keselamatan rakyat jelata secara adil dan menentang apa bentuk kezaliman serta pencemaran hak asasi setiap individu dan pihak yang dijamin oleh agama ini.
  5. Orang bukan Islam dalam negara ini juga hendaklah akur bahawa negara ini mempunyai identiti islamnya, maka mereka hendaklah menjaga perasaan dan sensitiviti umat Islam. Ini amat penting dalam keadaan umat Islam mempunyai rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku di Palestin, Iraq, Afghanistan, China, Filiphina, Selatan Thailand dan lain-lain negara yang membabitkan penindasan penganut agama lain ke atas umat Islam. Dibimbangi prejudis dan salahfaham boleh membawa kepada keburukan yang tidak berkesudahan.
  6. Peranan penting para sarjana Islam dan para pemimpin umat Islam di Malaysia ialah mempamirkan ketinggian nilai Islam ini. Amat malang jika kita yang hidup dalam multi-religious society sejak sekian lama tetapi gagal untuk memperkenalkan Islam yang sebenar kepada masyarakat bukan Islam sedangkan berbagai peruntukan dan ruang dimiliki oleh kita.
  7. Sekali lagi, saya amat bimbang ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dalam pergolakan yang akhir ini. Rakyat dalam negara ini hendaklah berhati-hati.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
8 Jan 2010

http://drmaza.com --> click utk lebih banyak artikel membina

Saturday, January 9, 2010

Jake Sully boleh berjalan??



-->huhu..ntah ape2 nye headline la aku letak ne,sbenarnye saje je nk cakap ri 2 aku pi tgok avatar..he3..aku taw org dah tgok berkurun dah tapi saja je nk cakap aku pun pi tgok..huhu xD..jln cite die mmg gempak ah..special effect x yah ckp lah,mmg terbaik ah,kire boleh bagi best movie of the year 2009 lah..huhu..kire keseluruhan filem neh aku x rasa borink pun
-->ramai yg cakap,filem neh ade banyak hiden message,yela yg biase2 2 cam suh jage alam sekitar,global warming ngn suh bencikan peperangan



-->tapi aku tertarik ngn satu pendapat tentang hidden message lam filem neh yg menyatakan 'contains heavy implicit criticism of America's conduct in the War on Terror'..hurm..yela cube korg fikir kan america 2 slalu je gune name nk hapuskan terrorist la tapi sebenarnye diorg ade agenda ngn kepentingan tersembunyi yg lain,cam nk amik minyak kat iraq ngn afganistan 2 dan beberapa kepentinagn yg lain..kan same cam ketua keselamatan keselamatan kat pandora 2 cakap,die cakap sebub nk jage keselamatan semue org kat pandora 2 la padahal diorg yg dulu gi ranapkan pokok tempat tinggal kaum na'vi 2 utk amik mineral berharga yg secara kebetulan ada belungguk2 betul2 bwh pokok 2,bile geng2 na'vi 2 berkumpul ramai2 ketua keselamatan kat pandora 2 pun cakap ini memberi ancaman kepada diorg pas 2 diorg ckp nk perang habis2saan dgn mengebom telaga apa ntah kat tempat kaum navi 2,sebjik cam perangai org israel yg rampas tanah org palestin,dah la rampas pas 2 pi bunuh lae plak hbeh org awam palestin atas alasan nk pertahankan diri sedangkan kebanyakan org palestin 2 kebanyakan cuma bersenjatakan batu ngn lastik je,cam kaum na'vi 2 la yg cuma guna arrow je pun sedangkan geng2 manusia ne ade missel ngn chopper kira lae berganda2 advance lae la dr kaum na'vi 2.


-->tapi ada jugak pendapat menarik yg aku bace dr satu blog neh cakap filem ne cam cuba sebarkan msj x baik,sebub si tuan director filem ne seorg freemasonic director,si James Cameron 2 la..aku pun x berapa paham apa 2 sebenarnya freemason tapi apa yg aku paham benda ne macam ada kaitan ngn yahudi la,pas 2 pahaman depa ne sesat camna ntah,mcam diorg percaya semua tuhan 2 sama,cam pahaman aties jugak kot..ala kan dalam filem avatar 2 diorg cakap semua org yg dah mati 2 kembali bersatu ngn enwa 2,klau korg pnh tgok cite final fantasy 7 advant children,2 pun same gak pahaman bodo ne,tapi diorg ganti ngn nama gaia,lam filem 2 pun cakap enwa tu x pilih side tapi cuma nk balance alam ini,pahaman2 ne secara x lansung cuba diserapkan lam kepala otak kita oleh puak2 yahudi ne,cuba kalau budak2 tgok,mesti sedikit sebanyak akan terpengaruh,tapi rasanya bukan takat budak,bapak budak pun boleh terpengaruh kalau akidah x kuat,seperti salah sorg org yg komen ne "after watching this movie,what i found is,this movie is trying to spread words with marvelous vision that brainwashing us"there is no God"you can feel the message at the end of the movie."eywa" can fix you.what is eywa?"..think.. sebagai seorg hamba Allah yg beriman,kita kena percaya yg lepas mati kita akan dihisab amalan bukan bersatu ngn nama merepek2 2 atupun sembah pokok cam lam filem 2,akidah pun kene kuatkan lah dan berkata cuma ada Allah yg satu dan islam 2 pegangan agama ku dan kata pahaman fremason ne sesat secara total!!!.



-->tapi aku terbayang la time geng2 kaum na'vi 2 bersatu walaupun ngn bersenjata kuno leh mng lawan geng2 manusia yg bersenjataakan canggih,aku terfikir kalau semua umat islam bersatu,insyAllah tentu x jatuh baitulmaqdis yg menjadi tempat paling suci ke 3 bagi umat islam 2 kat tgn org yahudi,tapi cam susah la sedangkan hamas sendiri pun bergaduh ngn fatah..hurm..

ps:teringat satu ayat yg aku baca time kempen gaza kat tempat aku...kata seorg Rabi yahudi,"jgn mimpilah umat islam untuk mng menentang kaum yahudi selagi bilangan org yg berjemaah di masjid diwaktu subuh tidak menyamai bilangan org yg berjemaah sewaktu solat jumaat"..perh..pendek je pun ayat ne tapi penangan die boleh tahan pedih gak n mendalam maksudnye tambah2 kalau kene kat batang idung sniri..hurm..