Terdetik

Kan lebih mahal nilai air mata itu kalau jatuhnya diatas tikar sejadah,apa guna dihabiskan airmata pada si dia yang telah pergi meninggalkan ku,sedangkan kasihnya Allah tak pernah pergi jauh dariku,aku bersyukur atas segala rahmat Mu,semoga dipermudahkan segala urusanku...

Sunday, September 5, 2010

JUMAAT NI RAYA!!..huhu xD

selamat hari raya!!!!!!
minx maaf zahir dan batin andai terkasar,terbuat,tersengaja,mahupun terkentut..huhu xD..senang kira apa jenis bentuk ter lah..huhu xD
kita 0-0 balik ok..huhu :)

'Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya orang bersuka ria
Adikku manis cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama

Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda
Sanak saudara sedang menunggu
Di hari mulia bertemu mesra

Katamu itu abang mengerti
Kusanjung budi puteri ibunda
Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahagia

Miskin dan kaya sama sahaja
Hulurkan tangan berjabat mesra
Saling bermaaf kita bersama
Lupakan saja sengketa lama'



moga2 kita semua bergembira dihari yg mulia ini..huhu :)
tapi gembira-2 gak..
akhir kata dengan serangkap pantun..

musuh abadi sdg dibelenggu..
Menghitung hari untuk menganggu..
Bertarung dengan nafsu pun boleh kecundang..
Inikan pula turun jeneral perang..

renung2kan lah
he3.. :)

ps:bagi yg mengenali diri..jemput la mai rumah..huhu :)

Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA kah anda?..

-eh..nape ramai sgt suka guna headline camni ek?..xde idea lain ke?..huhu,mayb sebub dah 53 taun kita merdeka tapi kadang2 ada certain pekara yg buat kita tertanya2 sudah 'merdeka' kah kita?..hati,minda dan jiwa..banyak sgt kalau nk kupaskan satu persatu kat sini..so renung2..fahami,amati teliti lah sendiri.. :)

-Setiap malam 31 Ogos, mesti ada celebration untuk meraikan hari yang bersejarah ini. Di sebalik riuh-rendah dan kepadatan manusia yang berkumpul..kebetulan pula merdeka kali ni jatuh pada bulan ramadan..10 malam terakhir ramadan pulak 2...lailatuqadar?...kalau diamati la..agak2 '10 mlm terakhir' ni vs sambutan mlm merdeka..kalau dibandar2 besar dinegara kita siapa yg mng?..he3..lihat sendiri keadaan sekeliling..

-Orang dulu penat-penat halau orang putih,budak-budak sekarang bawak masuk balik trend-trend mat saleh, budaya barat yg ntah apa lah..kalau di sambutan merdeka yg lepas kadang2 terserempak jugak dgn pasangn yg sempat 'mengghairahkan diri' bersama pasangan masing-masing.inikah 'kemerdekaan' yang di maksudkan dan diperjuangkan oleh anak2 muda masa kini?,tapi x tau lah kot2 dibulan yg penuh rahmat dan keberkatan kali ni mereka insaf dan kurang melakukan 'aktiviti2' berkenaan..tapi x tau lah,kot2 ada 'setan2' yg masih terlepas ..he3..mangsanya??..tunggu 9bulan lagi..kalau ada kes buang bayi..hasil malam merdeka?..ntah la..tapi yg pasti..kesian babies yang cute lagi comel tu kan...

-apapun aku bersyukur dgn nikmat kemerdekaan yg kita kecapi hasil perjuangn dan doa tokoh dan wira2 kita dahulu..moga kita menghargainya dan semangat kita x cuma sekadar pada memasang bendera.. :)


SELAMAT HARI MERDEKA KE 53

ps:haritu aku tgok dokumentari VAT69(very able troops,sekarang jadi komando 69) kat astro chanel 555..best gak rancangn 2,tgok kecekapan depa..tgok kesusah depa perang ngn komunis..Alhamdulillah..syukur sekarang dah aman.. :)

Saturday, August 28, 2010

Goreng tepung..huhu

-hurm..dalam aku asyik2 dok terfikir rini nk beli apa kat bazar ramadan..terlintas satu idea lam kepala otak aku..asyik2 beli kat luar ja..skali skala skala masak sniri pun sedap gak..jadi aku wat keputusan nk masak satu menu hari ni..huhu http://www.emocutez.com

-tapi terpikir gak nk masak apa ek..last2 selepas di inspirasikan oleh rancangn jamie oliver kat tv bertajuk naked chef(ha3..jgn trnslate plak..bunyi mmg pelik kalau di translate ke bahasa melayu..huhu)..last2 aku bercadang nk wat udang,sotong ngn cendawan goreng tepung yg baik punya! huhu http://www.emocutez.com

Ni bahan2 ngn cara2 dia..mudah ja..huhu



bersihkan udang,cendawan ngn sotong(sory sotong lupa snap..huhu xD)



cumin seed,fennel seed,white paper,parsley,sebuk kunyit ngn tepung dan garam secukup rasa..huhu


gaul semua perencah secukup rasa ke dlm tepung,pecahkan 2 biji telur,pukul sampai berbuih,pastu celup bahan2 dlm telur dulu baru letak lam tepung..bkn pa nk kasi melekat ngn lagi rangup..huhu


panaskan minyak..lpas 2 goreng!!..tunggu sampai kekuning2ngn..huhu



dah masak angkat..jgn mkn dulu! http://www.emocutez.com tunggu azan magrib..baca doa mkn..lpas 2 apa lagi..serang!!..huhu http://www.emocutez.com



ps:semua proses goreng-menggoreng dilakukan oleh mak aku sebub dia lebih advance lagi super terrer lagi dlm bidang2 ni berbanding aku,ini terpaksa dilakukan bagi mendapatkan produk gorengan yg lebih ranggup,berhasiat,enak lagi dipenuhi kasih syg seorang ibu..huhu
http://www.emocutez.com

Tuesday, August 17, 2010

1000 bulan.. :)

-Selamat menyambut bulan ramadan...Ramadan dah masuk lama dah..tapi cuma aku ja bz xda time nk nk wish..x terlambat lagi kan?..huhu http://www.emocutez.com..

-ramadan kali ni agak berbeza la dari taun2 lepas..why?...sebub aku practical di bulan ramadan!..wah2..so tired meh..tambahan2 haritu aku kena cuci body,propeller ngn pasang silencer kat ekzoz bot sebub diorg nk wat speed test..perh..mmg serios memenatkan..penat2 gak..tapi puasa ttp maintain beb..huhu xD

-so target aku kebanyak masa aku time practical dlm bulan ni adalah utk mengular sebanyak mungkin..boleh x? http://www.emocutez.com..ha3.. of course la x boleh!..nanti x pasai2 kena marah ngn uncle tommy(supervisor aku)..dah la selama ni pun dok kena kutuk mcam2 dah(sma la dia dok kutuk aku,aku dok kutuk gak dia kot blakang...mampuih aku mau dia baca ni)..huhu http://www.emocutez.com


-bos kat tempat aku baguih..waktu start keja anjak dari kul 8.30 ke kul 8..sebub dia nk peruntukan waktu utk solat duha ngn wat tadarus sampai kul 9 bersama semua staff2..n waktu balik kerja plak diawalkan ke pukul 4.30..hoyeh!!.http://www.emocutez.comhuhu..boleh aku balik2 terus menuju ke pasar ramadan dan membeli belah disana..huhu http://www.emocutez.com



ni la bot yg aku dok wat keja 2..kira ada gak ar jasa aku kat bot ni...kira bangga gak ar mau tgok dia belayar..huhu xD..antara design baru bot polis..boleh tahan penat gak ar mau nk cuci nih..huhu


ps:semoga di bulan yg penuh dengan rahmat ni kita memperoleh berkat daripadaNYA..moga2 tidak meningalkan yg wajib dan memperbanyakkan yg sunat..huhu :)

Thursday, July 29, 2010

Practial.. xD

lama dah x update blog...nk wat camna dah bekerjaya la katakan...huhu xD...x da la,sebenarmya aku sekarang ni ngah buat latihan industri kat sebuah syarikat ship construction..best..walaupun penat kerja hari2 tapi mcam2 ilmu bleh dapat..time ni la kita nk practikan apa yg selama ni kita belajar..tapi serios aku ckp..time practical ngn teoritical sgt2 la berbeza..time practical baru la kita nk terkial2 nk buat keja..padahal dulu dah pnh baca dah benda2 2 lam buku 2..tapi time nk buat..kantoi..kan dah kena gelak ngn technician kat situ..huhu xD...jadi moralnya jgn la buat kepala kalau x taw..bertanya la x jadi ajaran sesat cam dok pasang componen ikot dan ja..huhu xD..technician sini baik2 belaka..diorang x marah kalau x tau(mmg la x marah,tapi mmg kena bahan+perli+kucai+gelak kaw2 gila baban nya tahap la...sabar je la...nama pun belajar..huhu xD) ..tapi diorg marah kalau kita malas..huhu :)



sepanar besaq penyepak ni menjadi bukti penatnya aku dok buat keja..huhu xD

ps:ok ah..aku baru balik keja nih..letih2..nanti kalau ada kelapangan aku cita lae sal pengalaman menarik yg aku dpt kat sini..huhu :)

Saturday, July 17, 2010

masakan mak mmg terbaik!!... :)


henset ku disebelah kiri manakala udang disebelah kanan..
cuma sekadar perbandingn..huhu :F

ps:hari minggu mmg terbaik kan ngn masakan ibu?..huhu :)

Sunday, July 4, 2010

soalan n jawapan..huhu




Agak2 wajarkah dia mendapat 0?..
mungkin wajar dari satu sudut pandangan...
tapi bagaimana kalau diteliti dari satu sudut pandangan yg berbeza?..
fahami,amati dan teliti...
kehidupan juga kadang2 begitu..
renung2kan lah..huhu :)

Monday, June 7, 2010

Mavi Marmara..






Tidaklah sama orang beriman yan
g duduk (yang tidak turut berperang) tanpa mempunyai uzur(halangan)dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwanya.Allah melebihkan darjat orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk(tidak ikut berperang tanpa halangan).Kepada masing-masing Allah menjanjikan (pahala) yang baik (syurga)dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang-orang yang duduk dengan pahala yang besar,(iaitu) beberapa darjat daripadaNya, serta ampunan dan rahmat.Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. [An-nisa' : 95-96]

-Saat ini saudara-saudara kita di sana kelaparan, keperitan dihimpit tekanan dari sang zionis laknatullah…Di tengah lautan sana pula ada yg bertaruh nyawa cuba menyampaikan kepada yang terhimpit di bumi sana…Hanya doa kami panjatkan buatMu ya Robb, yang Maha Mentadbir, Maha Mengetahui…

-Kadang kala rasa diri ini tiada erti, tak mampu berbuat apa-apa…tapi sebenarnya pelbagai cara lagi yg mampu kita lakukan selain dari mengutuk tindakan kejam sang zionis laknatullah ini…

-pertama kita perlu mengubah perspektif minda kita..kita perlu bersatu sesama muslim..percayalah kita kuat bila kita bersatu!..bagaimana nk bersatu?..ketepikan idoelogi masing2..dan bersatulah dibawah nama islam..kembalilah kpd Al-Quran dan sunnah x kira apa pun masalah pasti ada penyelesaianya kerana kedua2nya adalah sebaik2 panduan kita utk berjaya didunia dan diakhirat..

-kita boleh memulakan memupuk perpaduan kita dgn menunaikan solat secara berjemaah..percayalah mereka gentar jika kita bersatupadu..kata seorang rabi yahudi 'jgn mimpilah umat islam mng utk menentang kami kalau bilangan orang yg solat berjemaah diwaktu subuh x menyamai bilangan org yg solat jumaat dimasjid'..

-mantapkan lagi Ilmu agama didalam diri!..percayalah kita kuat dengan ilmu agama!..kita x akan mudah dibeli mahupun tepengaruh dengan unsur2 negatif yg telah mereka tanam dan terapkan dlm diri kita yg tanpa kita sedari menjadi umpama butang 'self destructive' merosakan anak bangsa kita perlahan2 dari dalam seperti yg telah diceritakan dlm entri ini...percayalah masalah rasuah,sex bebas,buang bayi dan pelbagai lagi dapat diselesaikan jika terdapatnya iman didalam hati.

-terapkan ajaran islam kpd anak2 sejak kecil lagi secara menyeluruh!..kerana anak2 kecil ini lah yg akan menjadi pelapis masa depan..malangnya yg banyak diterapkan masa kini cuba hiburan2 kosong yg x memberi sebarang faedah kpd penmbangunan lahiriah dan rohaniah kpd generasi muda..kempen dan program kearah keagamaan yg diadakan besar2ran sgt lah kurang dan jarang2 kelihatan..contohnya pernahkah wujud kemen mengajak bersolat?..bagaimana nk menyelesaikan isu palestin sekiranya kebanyakan orang masih tidak menunaikan solat wajib?..sedangkan solat itu sangat memainkan peranan penting dan amat ditekankan dlm agama kita sehingga ia diumpamakan sebagai tiang agama

sabda nabi:Solat merupakan tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama

-teringat kata2 seorang ilmuan agama..'org arab dan org rom jauh berbeza,org rom ketika itu bina askarnya dengan badan yg kuat,tetapi org arab hanya org kampung yg beperang..tapi kenapa jatuh org rom?..kalimah Allahuakbar!..kerana 1 orang beriman boleh mengalahkan 10 orang kafir'...disini bemaksud nisbah 1 vs 10 kerana dibelakangnya diturunkan malaikat..hebat bukan jika kita benar2 di kalangan yg beriman?..hebat bukan jika kita dapat melahirkan masyarakat dari golongan yg beriman dan soleh?

Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.
(Al-Anfal: 65)

-Allah menyatakan bahwa orang-orang yang menyembah Nya secara murni, tanpa menyekutukan Nya dengan makhluk Nya sebagai tuhan-tuhan lain selain Nya dan beramal saleh untuk meraih ridha Nya, akan dianugerahi kekuasaan dan pengaruh.

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan apa pun dengan-Ku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik
(An Nuur: 55)


-satu lagi cara yg temampu untuk kita lakukan ialah dengan menuntut ilmu bersungguh2!..kita kuat jika kita berilmu..nolage is power!..buang sifat malas kita jauh2 dan tuntut lah Ilmu kerana Allah!..lihat bagaimana mereka mengusai dunia dlm bidang ekonomi,teknologi,ketenteraan semuanya berpokok pangkal dgn ilmu yg mereka miliki!...jika kita ada kepakaran jika kita ada teknologi,kita tidak akan ditindas..jika kita boleh hasilkan produk kita sendiri ianya menjadi alternatif dari membeli produk2 dan pekakasan barangan isrel yg belambak2 dipasaran masa kini.

-moga peka dan semangat hari ini tidak hanya berapi tiga empat hari…Jangan kerana dosa dan noda kita sehari-hari, kemenangan masih menjauhi….Moga hati ini sentiasa teringat…mendoakan saudara-saudara ‘jauh’ dalam solat dan doa kami…Ampunkan dosa-dosa kami ya Allah…Tenggelamkanlah musuh-musuh kami ya Allah…Kuatkanlah saudara-saudara kami ya Allah…Ameen ya robbal ‘alamiin…




-Teringat satu kisah..Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil. Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu? Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

-kalau dikira secara logik dan matematik mana mungkin isipadu air yg dibawa oleh paruh kecil burung pipit tersebut mampu memadamkan api yg sedang marak tersebut..tapi Allah Maha Adil..yg dipandangNya bukan hasil,tapi usaha yg dilakukan..sekurang2nya burung tersebut berusaha mengikut kemampuanya dari berpeluk tubuh..

ps:jadi apa usaha yg telah kita dilakukan sekarang bagi menegakkan islam dan membantu saudara2 semuslim kita yg dalam kesusahan disana mengikut kemampuan kita?..tepuk dada tanya iman...

Friday, June 4, 2010

lawak kan.. :)




lawak kan..bila duit 50 sen nampak macam besar bila nk bawak ke kotak derma masjid,tapi rasa begitu kecil jika dibawa ke pasaraya..

lawak kan..bila ada duit banyak2 tapi pakai baju tebukak sana tebukak sini mcam org x mampu nk beli kain sedangkan sekarang ni orang yg miskin pun dah mampu pakai pakaian lengkap..

lawak kan..bila ditanya tentang nama2 tokoh islam,nama2 bulan islam ada yg tidak tahu tetapi jika ditanya nama2 artis anak2 kecil pun boleh menjawabnya dengan petah..

lawak kan..bila tengok orang menangis waktu disingkirkan dlm program realiti tv nyanyian tapi jarang pulak kita tengok orang menangis kalau dapat result teruk time spm or dpt pointer rendah

lawak kan..bila ada yg sanggup meninggi suara kepada kedua org ibubapanya..sedangkan kasihnya mereka ketika kita masih kecil,membasuh berak kencing,tidak merungut pun jika tangisan kita menggangu tidur mereka

lawak kan..bila ada pasangan muda yg bakal atau mahu berkawin di usia muda dipandang serong seperti 'sudah telanjur' atau 'gatal'...tapi pasangan yg bukan muhrim membonceng motor bersama,berpegangan tangan kehulu kehilir dianggap pekara biasa masa kini

lawak kan..bila sekarang mencari yg halal lebih sukar dari mencari yg haram seperti utk berkahwin lebih sukar dari berzina kerana diletakkan syarat dan hantaran yg tinggi2 dan perbagai demand dari pihak keluarga sedangkan urusan pekahwinan seharusnya dipermudahkan

lawak kan..bila zaman sekarang dikatakan 'ringan2' ketika bercouple dianggap pekara biasa

lawak kan..bila sekarang ini ada yg bangga apabila melakukan kemungkaran malah menceritakan kepada rakan2nya dgn penuh riak

lawak kan..bila rokok dikata penghilang tension tapi zikir dan laungan ayat2 Al-quran tidak pula dicari

lawak kan..ramai yg tahu terang2ngan lagi rokok 2 memudaratkan,membazirkan dan telah difatwakan haram tapi masih ada yg menghisapnya

lawak kan..bila yahudi mencipta rokok tapi mereka tidak membenarkan perokok menghadiri majlis dan conference mereka,bijaknya mereka mencipta sesuatu yang memudaratkan orang lain, dan betapa kurang bijakkan org yg menghisap rokok ciptaan Yahudi itu

lawak kan..bila rasa lamanya sejam dimasjid tetapi betapa singkatnya 2 jam berlalu waktu menonton wayang di panggung

lawak kan..bila sekarang di disesetengah tempat nk solat pun dikenakan bayaran

lawak kan..bila sanggup kunci jam utk bangun tengok bola 3-4 pagi tapi x bangun utk solat subuh

lawak kan..bila sebab sebiji bola kat tengah stadium beribu2 orang x solat magrib

lawak kan..bila susah sungguh meluangkan masa berzikir dan menyusun kata memanjatkan doa kepada yang Maha Esa..tapi banyaknya masa bersembang dgn kwn2,gf dan bf..

lawak kan..bila x boleh nk habiskan masa cuma sekitar 25 minit dari 1440 minit yg ada dalam sehari utk tunaikan solat 5 waktu jika dibandingkan dengan kita dikurniakan Nya tubuh badan sihat,cukup makan,tempat tinggal yg selesa..dan udara yg percuma utk bernafas..

ps:sebenarnya banyak lagi benda2 boleh disenaraikan yg kita x perasan tapi berlaku disekeliling kita..adakah kita tidak perasan atau kita sengaja tidak perasan atau mmg kita x penah nk ambil peduli?..tepuk dada tanya iman..sama2 lah kita renung2 kan...

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” (al-Ankabut (29:69) )

Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar.
(Surah Al-Ahzab: 35 )


Sunday, May 2, 2010

Pergi!!!...

Aku tidak tahu asal usulmu...
Selama ini kemunculan kau hanyalah merosakan diriku..
Syuh pergi kau dari hidup ku!!!..
Jgn kau ganggu aku lagi..
Aku x perlukan kan kau..
Jangan kau ambil sedikit tempat pun dlm jiwaku!!
mengapa kau perlu hadir disaat2 genting ini ha?
Pergi!!..Wargh!!!

semua ucapan ini khas aku tujukan khas kepada Encik MALAS!!!!..wuwu -_-

ps:-waa..aku tension sbub aku tiba2 rasa mls dlm saat2 genting nk final exam..wuwu..aku pun x taw kenapa
-meh kawan2 kira lawan kemalasan nih!!..huhu
-doa2 kat aku sama naa.. :)