Story of my life that sometimes were interesting...
Terdetik
Kan lebih mahal nilai air mata itu kalau jatuhnya diatas tikar sejadah,apa guna dihabiskan airmata pada si dia yang telah pergi meninggalkan ku,sedangkan kasihnya Allah tak pernah pergi jauh dariku,aku bersyukur atas segala rahmat Mu,semoga dipermudahkan segala urusanku...
Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.
Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.
Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.
Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.
Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?
Dan sesungguhnya salah seorang dari kamu beramal dengan amalan penghuni neraka hingga tiadalah jarak antara dirinya dengan neraka melainkan satu hasta, lalu ketetapan telah mendahuluinya, maka ia mengerjakan amal penghuni syurga dan iapun masuk ke dalamnya." (HR. Bukhari dan Muslim). jadi jgn rasa diri sudah terlambat utk bertaubat tetapi jgn pula bertangguh utk bertaubat kerana ajal x menunggu kita..^^
66+ Die Kinder Vom Berghof
-
Und wenn die Eltern. Dans les Alpes avec Annette. Pin Auf Urlaub Folgen 25
- 48 5 DVDs.Die kinder vom berghof. Die Kinder vom Berhof liefen erstmalig
1995 ...
Negara Haram Israel Di Landa Kebakaran Besar
-
Kebakaran besar telah melanda beberapa kawasan di negara haram Israel
untuk hari ketiga berturut-turut menyebabkan berpuluh ribu penduduknya
terpaksa meng...
5 Tips Liburan Asik ke Pantai
-
*Tips Unik - 5 Tips Liburan Asik ke Pantai. *Menjelang akhir tahun pasti
sudah banyak agenda yang direncanakan untuk menghabiskan masa liburan. Dari
beraga...
Secangkir Madu
-
Secangkir Madu Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar RA ,
Omar RA , Osman RA , dan 'Ali , bertamu ke rumah Ali , Di rumah Ali ,
isterinya Say...
Last bachelor vacay with my bestie..
-
So, me and bestie got to our last trip to one of the best vacay site in
malaysia.. well, you guess la where it is.. ahahhaa..
Owh pastries everywhere...
No comments:
Post a Comment